Image Banner

MAJLIS PENTAULIAHAN PANGKAT & WATIKAH PELANTIKAN SEMPENA SAMBUTAN 17 TAHUN PENUBUHAN KRS MUSLEH

Bangi - Sekretariat KRS Musleh buat julung kalinya telah menganjurkan Majlis Pentauliahan Pangkat Jurulatih KRS, Watikah Pelantikan Panel, Jawatankuasa Teknikal dan Majlis Jurulatih Kebangsaan Kadet Remaja Sekolah Musleh sempena Sambutan Ulangtahun Penubuhan Kadet Remaja Sekolah Musleh ke-17 tahun 2025.

Objektif majlis ini diadakan adalah untuk menganugerahkan pangkat jurulatih dan watikah pelantikan pegawai KRS Musleh peringkat kebangsaan. Selain itu, untuk berkongsi maklumat pelaksanaan dan pencapaian aktiviti kokurikulum Pasukan Badan Beruniform KRS Musleh peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Objektif berikutnya adalah memperkasakan aktiviti kokurikulum IKRAM Musleh dan kolaborasi di semua peringkat untuk mengembangkan bakat murid dan guru. Seterusnya adalah untuk mengenali barisan LPPIN, LTS, Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah rangkaian dan rakan IKRAM Musleh.

Majlis gilang-gemilang ini telah diadakan di Dewan Raya, Bangi Golf Resort, Bangi, Selangor pada 26 Januari 2025, Ahad yang lalu. Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh Wakil YB Menteri Pendidikan iaitu En.Nazar bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah KRS Malaysia. Antara jemputan VVIP yang hadir ke majlis ini termasuk Pengasas KRS Malaysia iaitu Kolonel KRS Tuan Haji Farazila bin Abdul Ghani, Ustaz Megat Mohamed Amin bin Megat Mohamed Nor, penaung KRS Musleh dan juga Ustaz Isharuddin bin Ismail, penasihat KRS Musleh serta ramai lagi para jemputan yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Majlis bermula pada jam 9:00 pagi dengan persembahan kawad berirama diteruskan dengan ucapan perasmian, ucapan pengerusi KRS Musleh, ucapan penaung KRS Musleh, perkongsian pengalaman pengasas KRS Malaysia dan seterusnya penganugerahan pangkat Leftenan Kolonel KRS kepada sembilan orang penerima, watikah pelantikan panel kepada empat orang penerima, pelantikan Jawatankuasa Teknikal Kebangsaan kepada enam orang penerima dan yang terakhir watikah ahli Majlis Jurulatih Kebangsaan KRS Musleh kepada 56 orang penerima. 

Majlis berakhir pada jam 12:00 tengah hari dengan jamuan makan dan acara memotong pulut kuning sebagai simbolik sambutan ulangtahun ke-17 penubuhan KRS Musleh. Majlis berjalan meriah dan lancar mengikut perancangan yang telah diatur. Ribuan terima kasih kepada semua tetamu jemputan yang hadir memberi sokongan dalam menjayakan majlis ini. - disediakan oleh Kapten KRSM Aniza

LAGI

KURSUS KEMAHIRAN TAHAP 1 - PEMBUKA TIRAI 2025

Sitiawan - Pada 19 hingga 21 Januari 2025 yang lalu telah berlangsung Kursus Kejurulatihan Tahap 1 anjuran Sekretariat Pusat KRS Musleh. Kursus ini telah dilaksanakan di D’Amir Chalet Kampung Bharu, Sitiawan, Perak. Seramai 255 orang terlibat dalam kursus ini yang terdiri daripada lapan orang urusetia dan 22 orang jurulatih pelbagai kemahiran termasuk juga sukarelawan. Manakala jumlah peserta pula seramai 224orang dari sekolah-sekolah rangkaian dan rakan Musleh dari seluruh Malaysia. 

Program yang diadakan selama tiga hari dua malam ini tentunya mempunyai objektif. Oleh yang demikian, objektif utama Kursus Kejurulatihan Tahap 1  adalah untuk mengumpulkan tenaga penggerak KRSM di seluruh Malaysia. Kedua adalah memberikan pengalaman ilmu dan kemhiran KRSM kepada para peserta. Ketiga adalah meningkatkan kefahaman berkaitan tarbiah dan dakwah. Seterusnya keempat adalah memberikan motivasi ke arah kecemerlangan pendidikan dan yang terakhir adalah untuk memantapkan kemahiran yang terdapat dalan sukatan pembelajaran KRSM.

Kandungan Kursus Kejurulatihan Tahap 1 ini terdiri daripada Modul Kejurulatihan Kawad, Based, Memanah Tradisional, Ilmu Perkhemahan dan Tali-temali serta Orienteering dan Bantu Mula. Para peserta diberikan pemahaman asas berkaitan kemahiran yang telah dilaksanakan. Aktiviti yang dilaksanakan sepanjang kursus ini adalah berdasarkan sesi teori, sesi amali atau praktikal dan Latihan simulasi.

Pada hari pertama dan hari kedua, para peserta mengikuti kursus secara teori dan amali. Semasa sesi teori, para peserta diberi pendedahan dan penyampaian ilmu Kemahiran di dalam kelas dan secara perbincangan berkumpulan. Manakala, sesi praktikal pula para peserta diberi pendedahahan ilmu secara amali iaitu peserta telah menjalani latihan secara individu dan berkumpulan mengikut bilangan jurulatih setiap kemahiran. 

Pada malam hari kedua dan hari ketiga, para peserta menjalani ujian secara teori dan amali di lapangan. Semua peserta berjaya menjalani ujian dengan baik mengikut masa yang ditetapkan dalam kumpulan kemahiran masing-masing. Para peserta kursus berjaya melaksanakan ujian amali dengan bimbingan jurulatih.

Majlis perasmian penutupan diadakan pada pukul 10.30 pagi dan berakhirnya program ini pada pukul 12.30 tengah hari. 

Kesimpulannya, Program Kursus Kejurulatihan Tahap 1 ini berjaya dilaksanakan mengikut perancangan dan telah mencapai objektif yang ditetapkan. - oleh Kapten KRSM Aniza

LAGI

PENARA - PENUTUP KALENDAR KRS MUSLEH 2024

Merlimau, Melaka - Perkhemahan Nasional di Udara (PENARA) 2024, anjuran KRS MUSLEH, telah berlangsung pada 21-24 Disember bertempat di Pusat Kokurikulum, Kampung Lanchang, Merlimau, Melaka. Dengan tema "Semangat Ukhuwwah Teras Kekuatan Generasi Madani", acara ini bertujuan memupuk semangat berpasukan, meningkatkan kemahiran khusus dan memberi pendedahan mengenai Radio Amatur serta menyokong pentaksiran dalam kokurikulum murid.

 

Perkhemahan empat hari ini telah berjaya menghimpunkan lebih 1,500 peserta termasuk pelajar dan guru dari rangkaian sekolah MUSLEH, rakan MUSLEH, dan wakil luar negara. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pertandingan kawad kaki, basic self-defense (BaSeD), memanah formasi, bina gajet, obstacle racing (ObsRace), masakan kreatif, orienteering dan aktiviti kerohanian, bersama tokoh pejuang kemanusiaan serta kebudayaan.

 

Acara perasmian penutup  disempurnakan dengan gilang gemilang oleh Encik Ahmad Haridan Bin Hj Mohamed, Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum, dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis ini turut merangkumi penyampaian hadiah pertandingan dan pentauliahan pangkat kepada pegawai yang terpilih. - oleh Leftenan KRSM Athif

LAGI

SALAM ISRAK MIKRAJ

SALAM ISRAK MIKRAJ - 27 REJAB 1446H

 

Firman Allah SWT yang bermaksud, " Mahasuci (Allah), yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat." - Al Isra : 1

 

Salam dari;

Leftenan Kolonel KRS Abd Rahaim bin Md isa,

Pengerusi KRS Musleh

LAGI

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2025 & 1 REJAB 1446H

Selamat Tahun Baharu 2025 yang penuh dengan harapan dan keberkahan. Semoga tahun ini membawa kedamaian, kebahagiaan, dan kesuksesan yang abadi. Taqabbalallahu minna wa minkum, semoga Allah menerima amal ibadah kita.

 

“Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan.” Marilah sama-sama kita pertingkatkan amalan kita di bulan Rejab sebagai persiapan untuk kita bertemu dengan bulan Ramadan."

 

Amin YRA

 

Ikhlas dari;

Left. Kolonel KRS Abd Rahaim bin Md Isa,

Pengerusi Kadet Remaja Sekolah Musleh

LAGI

IPSIS CAMP 2

Pattani, Thailand - Satu Perkhemahan Pengakap Sekolah Swasta Agama Islam Kali ke-2 telah diadakan di Kem Pengakap Wasukree Beach, Taluban, Sai Buri, Wilayah Pattani Selatan, Thailand. Perkhemahan ini atau lebih dikenali sebagai IPSIS Camp 2 telah diadakan pada 26 hingga 29 Oktober 2024. Seramai 185 pelajar, lapan anggota Sekretariat Pusat, 10 M-team (management team) dan 23 orang pegawai pengiring dari Kadet Remaja Sekolah Musleh telah menyertai IPSIS Camp 2 . Majlis Pelepasan kontinjen KRS Musleh telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Khairul Syafiq bin Azzmi. Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid JPN, Kedah mewakili Pengarah JPN Kedah. Kontinjen bergerak ke tempat perkhemahan dengan menaiki 5 buah bas.

Sepanjang IPSIS Camp 2 pelbagai aktiviti menarik seperti solat berjemaah, pioneering , Life Skills activities, folks arts, Archery, Halaqah Al Quran, Persembahan kebudayaan setiap negara yang terlibat dan banyak lagi. Para peserta juga dapat menikmati pelbagai makanan tradisional masyarakat Thai di gerai-gerai jualan yang disediakan. 

Majlis Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Worawit Baroo, wakil Pengerusi Parlimen. Secara keseluruhannya IPSIS Camp 2 telah mencapai objektifnya iaitu :

  1. Kepimpinan dan Kerja Berpasukan
  2. Hubungan jaringan antarabangsa
  3. Latihan dan Pembangunan Modal Insan

Semoga para peserta dan pegawai pengiring yang menyertai IPSIS Camp 2 dapat menimba banyak pengalaman dan menjalin ukhuwah dengan rakan-rakan dari negara Thailand dan Indonesia. 

LAGI

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP 100K ARROWS

Jangan lupa tonton 😊

 

Majlis Perasmian Penutup 100K Arrows 🏹🏹🏹

 

🗓️ 19 Oktober 2024 (Sabtu)

  9.00 mlm ( GMT +8 )

 

Live streaming di saluran youtube KRS Musleh dan facebook Persatuan Memanah Tradisional Musleh (METRA) KRS Musleh. 

 

Pautan youtube & facebook kami akan update nanti !!

 

Teruskan menghantar bukti video dan gambar di pautan yang disediakan.

👇🏻👇🏻👇🏻

untuk bukti panahan (2 gambar, 1 video), boleh dihantar melalui link berikut : https://forms.gle/WDCzszXo3sNfzweV9.

 

Mungkin video dan gambar-gambar dari sekolah anda terpilih untuk dimuatkan dalam montaj yang disedikan oleh pihak krsmedia. 🥰

LAGI

Image News
Image News

Image Banner