:
UJIAN KENAIKAN

23-May-2024

1. PENDAHULUAN

Kursus Pentauliahan Pegawai Pengurusan (KPPP),Kursus Kenaikan Pangkat (KKP) Pegawai Latihan dan Ujian

Kenaikan Pangkat (UKP) Tunas / Kadet Remaja Sekolah MUSLEH (KRSM) ini disusun dengan harapan agar

bakal pegawai dan anggota KRSM mendapat pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian serta selaras dengan

kehendak dan perlembagaan KRS Malaysia. Dengan itu mereka akan dapat melaksanakan tugas mengikut tatacara

pengurusan yang ditetapkan dalam KRS Malaysia dan KRS MUSLEH. Dari segi kemahiran, tahap kefahaman dan

penguasaan dapat diukur dan dimantapkan pada tahap yang sewajarnya. Dari segi nasionalnya kita dapat

mengumpulkan para penggerak KRSM bagi merapatkan ukhuwwah dan meningkatkan semangat berpasukan yang

utuh. Di samping itu aspek pentaksiran dapat dimantapkan secara praktikal dan lebih fokus. Ini membantu pihak

sekolah merancang program-program yang boleh membawa kepada pencapaian objektif sekolah secara khususnya

dan IKRAM MUSLEH secara umumnya.

 

2. OBJEKTIF

a. Mengumpulkan para penggerak KRSM dan meningkatkan ukhuwwah.

b. Menyelaraskan kefahaman tentang modul pelaksanaan dan penilaian.

c. Memberi pengalaman yang praktikal tentang pentaksiran bidang kemampuan.

d. Mengukur tahap kefahaman dan kemahiran peserta dalam sukatan yang telah ditetapkan.

e. Menyediakan para peserta agar mampu bersaing dan berkemampuan melaksanakan tugas di sekolah dan

penglibatan di peringkat daerah, negeri dan seterusnya.

f. Membina penghayatan terhadap amalan kerohanian.

g. Menerapkan kemahiran pengurusan organisasi secara praktikal.

 

3. SASARAN PENYERTAAN

a. KPPP : Semua Pengetua / Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Penyelaras atau Ketua Bidang KRSM (SMI

sahaja) yang belum ditauliahkan sebagai Komandan/ Timbalan Komandan/ Penolong Komandan KRSM di

sekolah masing – masing.

b. KKP :

i. Semua guru KRSM di sekolah yang belum ditauliahkan sebagai Pegawai Latihan (Leftenan Muda).

ii. Pegawai yang terdiri dari alumni sekolah yang berpangkat Staf Sarjan dan ke atas juga WAJIB

mengikuti kursus sepenuhnya.

c. UKP : Anggota kadet KRSM yang berpangkat Koperal, Sarjan dan Staf Sarjan anggota KRSM yang

berpangkat Koperal untuk tempoh tidak kurang dari 6 bulan berdasarkan nisbah keanggotaan di sekolah.

 

4. ANGGARAN PESERTA

Anggaran :

a. Sarjan KRSM : 300 orang

b. Staf Sarjan : 120 orang

c. Pegawai Waran 2 : 30 orang

d. Leftenan Muda : 100 orang

e. Pegawai Pengurusan : 30 orang

JUMLAH : 580 ORANG

 

5. TEMPAT

a. D’Amir Chalet dan Rindu Alam, Kampung Baharu, Sitiawan, Perak

(Pegawai pengurusan, Leftenan Muda, Staf Sarjan dan Sarjan KRSM)

b. Teluk Batik (Pegawai Waran 2 KRSM)

 

6. TARIKH – TARIKH PENTING

a. Tarikh Program : 26 – 29 Mei 2024 (Ahad – Rabu)

b. Tempoh pendaftaran peserta : 20 Mac – 30 April 2024Page 3 of 10

c. Lapor diri AJK Pelaksana : 24 Mei 2024 ( Jumaat) (8.00 pagi – 10.00 pagi)

d. Lapor diri peserta LM dan Kadet : 26 Mei 2024 (Ahad) (8.00 pagi – 10.00 pagi)

e. Lapor diri Pegawai Pengurusan : 27 Mei 2024 (Isnin) (8.00 pagi – 10.00 pagi)

f. Majlis Pentauliahan (KPPP sahaja) : 29 Mei 2024 (Rabu) (10.00 pagi – 12.30 tgh)

g. Tarikh Ujian Teori : 21 Mei 2024 (Selasa)

*Pengesahan pelepasan perlu dibuat oleh pihak sekolah kepada jawatankuasa penganjur.

 

7. SYARAT PENYERTAAN

a) Pegawai Pengurusan (Komanden / Timbalan Komanden)

a. Semua Guru Besar/Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum / Tarbiah yang belum

ditauliahkan. Terbuka juga kepada Penolong Kanan yang lain.

 

b) Leftenan Muda KRSM

a. Semua guru yang bertugas di sekolah rangkaian IKRAM-Musleh yang belum ditauliahkan.

b. Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit berjangkit dan berbahaya.

c. Telah / akan mengikuti Kursus Daurah Khas Jurulatih (Pra / 01)

d. Telah / akan mengikuti Kursus Kemahiran Kawad Kaki (Kemahiran Wajib)

e. Telah / akan mengikuti Kursus Teori (Webinar)

 

c) Pegawai Waran KRSM

a. Telah ditauliahkan pangkat Staf Sarjan KRSM di peringkat Kebangsaan sekurang-kurangnya 6

bulan sebelum kursus

b. Berumur 16 tahun @ tingkatan 4 ke atas

c. Mengikut bilangan kompeni di sekolah

i. Satu kompeni seorang Pegawai Waran

d. Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit berjangkit dan berbahaya.

Nota: 1 Kompeni = 1 PW (Syabab) + 1 PW (Fatayat)

 

d) Staf Sarjan KRSM

a. Telah ditauliahkan pangkat Sarjan KRSM di peringkat Kebangsaan sekurang-kurangnya 6

bulan sebelum kursus.

b. Berumur 15 tahun @ tingkatan 3 keatas.

c. Mengikut bilangan platun di sekolah

i. Satu platun seorang Staf Sarjan

d. Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit berjangkit dan berbahaya.

 

e) Sarjan KRSM

a. Telah ditauliahkan pangkat Koperal KRSM di peringkat sekolah sekurang-kurangnya 6 bulan

sebelum kursus.

b. Berumur 14 tahun @ tingkatan 2 ke atas

c. Mengikut bilangan seksyen di sekolah - Satu seksyen seorang Sarjan.

d. Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit berjangkit dan merbahaya

 

Nota :

1. Bagi sekolah yang mempunyai 1 KOMPENI (4 Platun), perlu ada :

a. Ketua (Syabab) + Pen. Ketua (Fatayat) = 2 Sjn Kompeni

b. Ketua Platun(Syabab + Fatayat) = 4 Sjn Platun

Jumlah Sarjan yang perlu ada = 6 orang

 

2. Bagi sekolah yang mempunyai 2 KOMPENI (8 Platun), perlu ada :

a. Ketua (Syabab) + Pen. Ketua (Fatayat) = 2 Sjn Kompeni

b. Ketua + Pen. Ketua Kompeni (Syabab+Fatayat) = 4 Sjn Kompeni

c. Ketua Platun(Syabab + Fatayat) = 8 Sjn Platun

Jumlah Sarjan yang perlu ada = 14 orangPage 4 of 10

 

3. Bagi sekolah yang mempunyai 3 KOMPENI (12 Platun), perlu ada :

a. Ketua (Syabab) + Pen. Ketua (Fatayat) = 2 Sjn Kompeni

b. Ketua + Pen. Ketua Kompeni (Syabab+Fatayat) = 6 Sjn Kompeni

c. Ketua Platun(Syabab + Fatayat) = 12 Sjn Platun

Jumlah Sarjan yang perlu ada = 20 orang

 

4. Bagi sekolah yang mempunyai 4 KOMPENI (16 Platun), perlu ada :

a. Ketua (Syabab) + Pen. Ketua (Fatayat) = 2 Sjn Kompeni

b. Ketua + Pen. Ketua Kompeni (Syabab+Fatayat) = 8 Sjn Kompeni

c. Ketua Platun(Syabab + Fatayat) = 16 Sjn Platun

Jumlah Sarjan yang perlu ada = 26 orang

 

5. Bagi sekolah yang mempunyai 5 KOMPENI (20 Platun), perlu ada :

a. Ketua (Syabab) + Pen. Ketua (Fatayat) = 2 Sjn Kompeni

b. Ketua + Pen. Ketua Kompeni (Syabab+Fatayat) = 10 Sjn Kompeni

c. Ketua Platun(Syabab + Fatayat) = 20 Sjn Platun

Jumlah Sarjan yang perlu ada = 32 orang

* Kursus kenaikan pangkat adalah merangkumi ujian teori dan amali serta pentaksiran konstruk kemampuan.

Oleh yang sedemikian persiapan perlu dibuat di dalam menguasai ilmu kemahiran KRSM seperti kawad, BaSeD,

ikatan dan ilmu kemahiran KRSM yang lain. Pihak kami juga mengharapkan latihan fizikal dan rohani dilakukan

sebelum mengikuti kursus ini.

 

8. SYARAT PENTAULIAHAN

8.1 Syarat pentauliahan pangkat Leftenan Muda

1. Lulus Ujian Amali

2. Hadir sekurang – kurangnya 85% dari jumlah jam keseluruhan kursus (ketidakhadiran mestilah dalam

makluman dan keizinan urusetia / komandan kursus).

3. Syarat Lain Pentauliahan:

a. Telah mengikuti Daurah Khas Jurulatih

b. Telah menghadiri Webinar Kursus Pegawai KRSM

c. Telah hadir dan lulus kursus kemahiran Kawad

*NOTA : Pegawai yang belum memenuhi Syarat Pentauliahan seperti yang tertera di atas, masih boleh

hadir ke kursus ini sepenuhnya. Namun, pentauliahannya akan ditangguhkan sehingga syarat - syarat yang

berkaitan dipenuhi.

8.2 Syarat penyertaan dan pentauliahan pangkat Pegawai Waran 2, Staf Sarjan dan Sarjan KRSM

1. Lulus Ujian Teori dan Amali di peringkat kebangsaan.

2. Hadir sekurang – kurangnya 85% dari jumlah jam keseluruhan kursus (ketidakhadiran mestilah dalam

makluman dan keizinan urusetia / kem komandan).

 

MAJLIS PENTAULIAHAN

a. Majlis Pentauliahan hanya akan dibuat untuk Pegawai Pengurusan dan Leftenan Muda KRSM yang

memenuhi syarat sahaja, manakala anggota kadet Pegawai Waran 2, Staf Sarjan dan Sarjan KRSM,

pentauliahan mereka hanya melalui penyerahan sijil pentauliahan melalui pihak sekolah.

b. Sijil diberi pada akhir kursus. Pihak sekolah perlu cetak nama, no KP dan pencapaian peserta setelah

semua markah ujian disemak oleh pihak urusetia dan sekretariat KRSM selepas 2 minggu dari tarikh

akhir kursus.

c. Pemakaian mestilah bersama aksesori yang lengkap :

Pegawai Pengurusan – Pakaian lengkap nombor 2 @ 3

d. Standard pemakaian adalah mengikut skima pemakaian yang telah ditetapkan.

e. Anggota tidak akan diberi pentauliahan sekiranya tidak memakai pakaian mengikut standard sepertimana yang

telah ditetapkan.Page 5 of 10

f. Anggota tidak akan diberi pentauliahan sekiranya GAGAL di dalam ujian yang dilaksanakan atau didapati

tidak jujur dalam maklumat yang diberi.

 

9. PERINGATAN

a. Mana–mana peserta yang menghidap penyakit yang berbahaya dan berjangkit adalah dilarang sama sekali

mengikuti kursus kenaikan pangkat ini.

b. Pakaian melambangkan mana-mana parti politik atau badan-badan dan pertubuhan yang tidak sah adalah

dilarang memakainya sepanjang kursus.

c. Pakaian yang mempunyai lambang, corak, simbol, lukisan atau sebagainya yang tidak bercirikan Islam adalah

dilarang.

d. Semua pakaian mempunyai tanda atau nama peribadi untuk mudah dikenali.

e. Tidak menampakkan dan mendedahkan aurat.

f. Bagi peserta wanita baju muslimah.

g. Pihak KRSM tidak bertanggung jawab atas sebarang kehilangan dan sebarang kerosakan barang berharga yang

dimiliki oleh pemilik atau peserta kursus.

h. Semua jenis kamera TIDAK dibenarkan untuk dibawa.

i. Peralatan peribadi dan berharga seperti jam, telefon bimbit dan beg duit dikumpulkan dan disimpan oleh guru

pengiring sekolah masing-masing.

j. Bagi mana-mana peserta yang mempunyai keperluan ubat peribadi adalah dinasihatkan untuk dibawa bersama.

k. Pihak sekolah diminta memastikan pelajar mempunyai insuran kelompok.

 

10. AKTIVITI

Semua aktiviti yang akan dijalankan adalah berdasarkan kurikulum terkini KRSM yang telah diluluskan oleh

Sekretariat Pusat KRS MUSLEH. Aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

a. LM – Ujian Amali dan Konstruk

b. Kemahiran Asas - minimum 10 jam

1. Kawad kaki

2. BaSeD

3. Tali temali

4. Bantu mula

5. Memanah Tradisonal (LM, PW2 dan Staf Sarjan)

c. Kemahiran tambahan (kursus tertentu)

1. Kayak

2. Rakit

3. Kompas & Pandu Arah

 

11. KEPERLUAN RUPADIRI, PAKAIAN DAN PERALATAN

 

A. RAMBUT

Bagi peserta lelaki wajib dipotong pendek. Saiz maksimum saiz 3. Peserta yang tidak berambut pendek seperti

yang disyaratkan akan dikenakan tindakan disiplin dan urusetia akan memotong rambut di tempat kursus serta

dikenakan bayaran denda sebanyak RM 20.00 per kepala.

 

B. INDIVIDU

LELAKI

a. Kemeja cerah (aktiviti kuliah waktu malam)

b. Pakaian no 3 @ no 4 (untuk Majlis Pentauliahan) No. 2 (Pegawai Pengurusan)

c. Pakaian solat

d. Seluar slack warna hitam

e. Kasut sukan

f. T-shirt KRSM (ikut standard logo KRS + MUSLEH)

g. Seluar sukan berwarna gelapPage 6 of 10

h. Barret KRSM-mengikut warna yg ditetapkan

i. Kelengkapan mandi

j. Pakaian lain yang diperlukan semasa program secukupnya

k. Ubat-ubatan peribadi, face mask, hand sanitizer.

l. Alat tulis

m. Buku Log (peserta kursus LM PW2 SS)

PEREMPUAN

a. Baju kurung @ muslimah cerah (aktiviti waktu malam)

b. Pakaian no 3 @ no 4 (untuk Majlis Pentauliahan) No. 2 (Pegawai Pengurusan)

c. Pakaian solat

d. Tudung warna hijau, hitam dan putih

e. Kelengkapan mandi

f. Kasut sukan

g. T-shirt KRSM (ikut standard logo KRS + MUSLEH)

h. Seluar sukan berwarna gelap

i. Barret KRSM-mengikut warna yg ditetapkan

j. Kelengkapan mandi

k. Pakaian lain yang diperlukan semasa program secukupnya

l. Ubat-ubatan peribadi, face mask, hand sanitizer.

m. Alat tulis

n. Buku Log (peserta kursus LM PW2 SS)

 

Perhatian: Sila rujuk skema pemakaian KRSM (dalam Buku Modul TKRSM / KRSM) bagi mengetahui

standard pemakaian yang betul

 

C. PERALATAN LATIHAN (Individu)

a. Tali nilon ( 4 meter )

b. Kain anduh

c. Lampu suluh

d. Alat tulis

e. Al-Ma’thurat dan Al-Quran

 

D. MAKANAN (per individu untuk 4 hari 3 malam . Peserta Kursus Pegawai Pengurusan disediakan

makanan)

a. Beras

b. Lauk segera untuk dimasak (cth: sardin dan makanan keluaran Brahim)

c. Minuman bertenaga

d. Makanan ringan

e. Makanan segera seperti Maggi tidak dibenarkan

* Makanan tengahari hari terakhir akan disediakan oleh pihak urusetia untuk semua peserta.

**Guru pengiring adalah dilarang sama sekali membantu bagi membeli keperluan peserta di sepanjang

kursus berjalan.

 

E. KHEMAH (hanya untuk peserta Kursus Sarjan KRSM sahaja )

a. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan sendiri khemah bagi pasukan masing-masing

b. Khemah adalah dinasihatkan bersaiz sederhana

c. Mengikut bilangan peserta

d. Jenis khemah yang dibenarkan adalah khemah jenis “A” atau khemah pasang siap (igloo)Page 7 of 10

*** Khemah untuk Kursus Staf Sarjan, Pegawai Waran, Leftenan Muda dan Pegawai Pengurusan

disediakan oleh Urusetia.

 

F. PERALATAN DARI SETIAP SEKOLAH

a. Parang (setiap kursus kecuali pengurusan, perlu membawa sebilah parang)

b. Belerang@Garam – secukupnya mengikut keperluan untuk keselamatan

c. Lighter @ mancis (setiap kursus kecuali pengurusan)

d. Kotak ubat

e. Plastik sampah

f. Bygon jenis semburan

g. Parang bersaiz kecil (setiap individu peserta kursus Staf Sarjan)

 

12. GURU PENGIRING

a. Telah ditauliahkan pangkat sekurang-kurangnya Leftenan Muda.

b. Bertindak sebagai pengurus kontinjen sekolah masing-masing dalam urusan

1. Pendaftaran peserta

2. Makan minum

3. Pengurusan pasukan

4. Keselamatan & kesihatan (pastikan ada salinan KP murid)

c. Membawa pakaian lengkap KRSM no 3 atau no 4 untuk majlis penutup.

d. Perlu sentiasa bersama pelajar terutamanya ketika pelajar berada di kawasan perkhemahan

e. Makanan disediakan sepanjang kursus

f. TIDAK DIBENARKAN sama sekali untuk keluar dari kawasan program sama ada untuk membeli barang dan

sebagainya kecuali atas sebab-sebab yang diizinkan oleh pihak urusetia.

 

13. PERKARA DAN TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT OLEH PIHAK SEKOLAH SEBELUM

MENGHADIRI KURSUS

a. Menyelesaikan bayaran yuran sepenuhnya menggunakan link Awfatech yang telah disediakan sebelum 30

April 2024. Bayaran secara tunai tidak diterima.

b. Menyediakan:

1. Kad Ujian Kenaikan Pangkat bagi setiap peserta.

2. Satu (1) salinan Sijil Pentauliahan Pangkat bagi setiap calon.

3. salinan sijil-sijil Kursus Kemahiran dan Daurah bagi setiap calon (khusus untuk peserta Leftenan Muda)

4. Surat Pengesahan Kesihatan bagi setiap calon dan pegawai pengiring oleh pihak sekolah.

5. Borang Deklarasi Kesihatan peserta kursus.

6. Surat Kebenaran ibu bapa bagi setiap calon.

NOTA : Per no 2 dan 3 bagi Sijil Pentauliahan Pangkat & Kemahiran WAJIB dimuatnaik ke dalam pautan

 

PENDAFTARAN MAKLUMAT PESERTA yang disediakan

 

14. AHLI JAWATANKUASA

14.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Sekretariat KRS MUSLEH

Pengarah : Kapten KRSM Muhammad Rubaie bin Abd Rahaim

Timbalan Pengarah Pentadbiran : Kapten KRSM Umar Al Mukhtar bin Ismail

Timbalan Pengarah Teknikal : Kapten KRSM Mohd Nor bin Omar

Setiausaha : Kapten KRSM Norzalina binti Nordin

Penolong Setiausaha : LM KRSM Muhaini binti Mahusain

Bendahari : LM KRSM Muhammad Fahmi Syazwan bin Kamaruddin

Penolong Bendahari : Mejar KRSM Madihah binti Uzir

Pendaftaran, Data & Sijil : Kapten KRSM Khairul Anam bin Mohd OmarPage 8 of 10

 

14.2 SENARAI URUSETIA / JURULATIH KURSUS :

- Akan dimaklumkan kemudian selepas mendapat pengesahan pelepasan melalui pihak sekolah.

 

15. PEMBAYARAN YURAN

a. Sebarang refund TIDAK AKAN DILAYAN, pihak sekolah perlu cari pengganti.

b. Sebarang permohonan bagi penginapan awal @ khusus sila hubungi bendahari.

c. Penting : Setelah pembayaran yuran dibuat baru dikira sebagai peserta program. Paling lewat

SEMINGGU sebelum tarikh program @ sehingga kuota peserta penuh.

d. Bayaran yang dilakukan hendaklah menggunakan transaksi instant transfer sahaja.

 

16. YURAN PENYERTAAN

1. PAUTAN BAGI SEKOLAH RANGKAIAN MUSLEH

a. YURAN KURSUS UKPP ANGGOTA KADET - RM200

https://my04.awfatech.com/main/app/finpay/payform.php?sysapp=krsmusleh&id=568

b. YURAN GURU PENGIRING UKPP (KADET) - RM100

https://my04.awfatech.com/main/app/finpay/payform.php?sysapp=krsmusleh&id=570

c. YURAN KURSUS KKPP DAN KPPP (PEGAWAI) - RM200

https://my04.awfatech.com/main/app/finpay/payform.php?sysapp=krsmusleh&id=572

2. PAUTAN BAGI SEKOLAH RAKAN MUSLEH

a. YURAN KURSUS UKPP ANGGOTA KADET - SEKOLAH RAKAN MUSLEH - RM200

https://my04.awfatech.com/main/app/finpay/payform.php?sysapp=krsmusleh&id=569

b. YURAN GURU PENGIRING UKPP (KADET) - SEKOLAH RAKAN MUSLEH - RM100

https://my04.awfatech.com/main/app/finpay/payform.php?sysapp=krsmusleh&id=571

c. YURAN KURSUS KKPP DAN KPPP (PEGAWAI) - SEKOLAH RAKAN MUSLEH - RM200

https://my04.awfatech.com/main/app/finpay/payform.php?sysapp=krsmusleh&id=573

 

17. PENDAFTARAN MAKLUMAT

 

1. eHQ

https://ukpp24.frontly.ai/

email & password diberikan kepada PK Koku sekolah masing-masing

2. LINK PENDAFTARAN MAKLUMAT

Selepas isi borang di bawah, cikbot akan janakan borang / surat yang perlu dibawa semasa lapor diri nanti.

3. PESERTA - GURU PENGIRING

https://openmylink.in/ukpp24-reg-pengiring

4. PESERTA - GURU (calon LM)

https://openmylink.in/ukpp24-reg-LM

5. PESERTA - calon PENGURUSAN

https://openmylink.in/ukpp24-reg-pengurusan

6. PESERTA - PELAJAR

https://openmylink.in/ukpp24-reg-pelajar-smi

7. KAD UJIAN KENAIKAN PANGKAT

a. KADET SMIPage 9 of 10

https://openmylink.in/KadUjianKenaikanPangkat-KRSM

b. KADET SRI

https://openmylink.in/KadUjianKenaikanPangkat-TKRSM

Guru PIC WAJIB PROSES semua borang / surat yang dijana oleh cikbot tersebut :

1. Download (ambil dlm eHQ)

2. Print out

3. Dapatkan pengesahan P/GB

4. Serahkan semasa lapor diri di tapak program

 

18. PERHUBUNGAN

Bagi sekolah yang telah dan akan mendaftar, PIC pendaftaran WAJIB menyertai kumpulan telegram PIC KPPP

KKP & UKP 24 bagi mendapatkan info berkaitan kursus dari semasa ke semasa melalui link berikut:

https://t.me/+hly2Yea30mM5Y2Jl

 

19. PENUTUP

Semoga kertas kerja ini dapat membantu pihak jawatankuasa penganjur dalam kelancaran program dan pihak

sekolah dalam membuat perancangan sebaik mungkin untuk KPPP, KKPP dan UKP tahun 2024 ini.

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan kursus ini, sila merujuk kepada:

a. Pengerusi Sekretariat KRSM, Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa, (0132296552)

b. Setiausaha Sekretariat KRSM, Mejar KRSM Dr. Shahrinizam Mohd Amin (0134818252).

c. Pengarah Kursus, Kapten KRSM Muhammad Rubaie Bin Abd Rahaim (0133595081)

d. Pendaftaran & Data, Kapten KRSM Khairul Anam bin Mohd Omar (013 5132779)

e. Bendahari, LM KRSM Muhammad Fahmi Syazwan bin Kamaruddin (0135370633)

 

Disediakan oleh

Majlis Jurulatih Kebangsaan

Kadet Remaja Sekolah MUSLEH (KRS Musleh)