BERITA GRAND SHOOTING PASUKAN BADAN BERUNIFORM (PBB) ZON SELATAN SEMPENA SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2025
Johor Bahru - Sabtu, 11 Oktober 2025, Program Grand Shooting PBB Zon Selatan sempena sambutan Hari Sukan Negara 2025 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Padang Sekolah Islam Hidayah, Johor Bahru. Program ini berjaya menghimpunkan para pemanah daripada negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan bagi memperkukuh semangat kesukanan serta jaringan silaturahim antara sekolah-sekolah Musleh dan rakan strategik termasuk sekolah KPM dan swasta.
Program ini menerima penyertaan seramai 96 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kategori. Jumlah peserta sebenar melebihi 100 orang tetapi akibat simptom influenza, sebahagian peserta yang telah mendaftar terpaksa menarik diri.
Antara tetamu jemputan yang memeriahkan Majlis Penutup adalah seperti berikut:
- Lt. Kol. KRS Abd Rahaim bin Md Isa – Pengerusi Sekretariat Pusat KRS Musleh dan Penasihat METRA (Perasmi)
- Tn. Hj. Mohd Jelani bin Ramly – Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pendidikan Hidayah
- Tn. Hj. Hassan bin Hushin – Pengerusi Lembaga Pusat Pendidikan Hidayah
- Lt. Kol. KRS Rofazlin bin Jusoh – Timbalan Pengerusi Sekretariat Pusat KRS Musleh / Pengerusi JK Teknikal KRS Musleh Kebangsaan
- Mejar KRS Mohd Zubir bin Mohd Shahar – Pengerusi Majlis Jurulatih KRS Musleh Kebangsaan / Pengarah Program Grand Shooting PBB Zon Selatan
- Puan Hjh. Rohaida binti Ridzwan – Ketua Pegawai Operasi, Pusat Pendidikan Hidayah
- Puan Hjh. Norhawanis binti Samion – Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Menengah Islam Hidayah
- Puan Zunaidah binti Yacob – Guru Besar, Sekolah Rendah Islam Hidayah
Berikut merupakan senarai Pemenang mengikut kategori;
- Lelaki Terbuka
- Hishamuddin bin Hashim
- Muhammad Farhan bin Abdul Rahman Nazri
- Umar Sayfurrahman bin Ainullotfi
- Perempuan Terbuka
- Juhainah bt. Kamsin
- Nur Zalifah Dayana bt. Dzarif
- Siti Amaliahtun Shaleha bt. Hj. Yasin
- Lelaki Bawah 12 Tahun
- Muhammad Hafiz Ar Rayyan bin Mohd Shoffian – SK Polis Kem
- Muhammad Mus’ab bin Muhammad Lokman – SR Int Tahfiz Nadi Al Baghdadi
- Muhammad Adam Naufal bin Muhamad Labib – SR Int Tahfiz Nadi Al Baghdadi
- Perempuan Bawah 12 Tahun
- Nur Syuhaddah Najwa bt. Nazli – Sri As Saidiyyah Seremban
- Nur Syahadah Qistina bt. Dzarif – SK Taman Daya 2
- Nur Aisyah Humaira bt. Mohd Shoffian – SK Polis Kem
- Lelaki Bawah 18 Tahun
- Rayyan bin Fahd – SMI Hidayah JB
- Muhammad Zahin Zayyan bin Mohd Azman – SMI Hidayah Pasirris BP
- Iman Aisy Nufail bin Abd Rahim – MRSM Johor Bahru
- Perempuan Bawah 18 Tahun
- Sarah bt. Mohd Helmy – SMI Hidayah JB
- Nurun Nuha bt. Mohd Zamri – Madrasah Al Attas Al Arabiah
- Nurfarisyah Umairah bt. Mohd Zaharin – Madrasah Al Attas Al Arabiah
Program Grand Shooting Zon Selatan berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuh ukhuwah, mempertingkat kemahiran memanah, dan menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar. Tahniah kepada semua pemenang dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.