https://my04.awfatech.com/krsmusleh/content/news/newsf1_KRS013_1718336233.png

MAJLIS PENYERAHAN DAGING QURBAN POS DALA

MAJLIS PENYERAHAN DAGING QURBAN DAN KENDURI SEKAMPUNG

 

MAJLIS PENYERAHAN DAGIGN QURBAN DAN KENDURI SEKAMPUNG AKAN DIADAKAN PADA HARI SELASA, 11 ZULHIJJAH 1445 BERSAMAAN 18 JUN 2024. PARA PENERIMA ADALAH DALAM KALANGAN PENDUDUK ORANG ASLI DI POS DALA, GERIK.

LAGI
https://my04.awfatech.com/krsmusleh/content/news/newsf1_KRS013_1717835763.png

REBUTLAH FADHILAT MENDEKATI ALLAH DI 10 HARI TERBAIK

REBUTLAH FADHILAT MENDEKATI ALLAH DI 10 HARI TERBAIK

 

SALAM 1 ZULHIJJAH 1445H SELEPAS WAKTU MAGHRIB DI HARI JUMAAT YANG BERKAH INI.

 

TAHUKAH ANDA, 10 HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH ADALAH HARI-HARI YANG PALING DICINTAI ALLAH? 

 

RASULULLAH SAW BERSABDA:

 

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ، وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنَ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ، وَالتَّكْبِيرِ، وَالتَّحْمِيدِ

 

“TIADA HARI YANG LEBIH MULIA DI SISI ALLAH DAN AMALAN SOLEH LEBIH DICINTAI ALLAH BERBANDING 10 HARI INI (10 HARI AWAL BULAN ZULHIJJAH). MAKA PERBANYAKKANLAH TAHLIL, TAKBIR, DAN TAHMID.”

 

(HADIS RIWAYAT AHMAD, NO. 5446, DINILAI SAHIH OLEH SYEIKH AL-ARNAUT)

 

JOM MANFAATKAN 10 HARI AWAL ZULHIJJAH INI DENGAN MEMPERBANYAKKAN AMALAN SOLEH, ZIKIR, DOA DAN SEDEKAH.

 

SEMOGA SETIAP USAHA KITA DIBERKATI DAN DITERIMA OLEH ALLAH.

 

REBUT PELUANG INI DENGAN BERSEDEKAH,MEMBANTU PROJEK ORANG ASLI DI GERIK MENDEKATI ISLAM.

 

⭐️MAJLIS KENDURI  SEKAMPUNG DI POS DALA  ‼️⭐️

 

✳️REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI !!

 

✳️KENDURI SEKAMPUNG AKAN DIADAKAN PADA 

     🗓️11 ZULHIJJAH 1445H @  18 JUN 2024 - SELASA.

     🏘️ KAMPUNG POS DALA, GERIK, PERAK.

 

✳️BERMINAT UNTUK SUMBANGAN ⁉️

HUBUNGI USTAZ MOHD SYUKRI

011-24180869

 

SEBARANG SUMBANGAN WANG TUNAI SALURKAN KE PERSATUAN KHIDMAT RAKAN SETIA MALAYSIA ( PKRSM )

 

ACC MAYBANK : 564427528075

REF1: POSDALA

REF2: INFAQ

 

#10HARITERBAIK

#POSDALAGERIK

LAGI
https://my04.awfatech.com/krsmusleh/content/news/newsf1_KRS013_1716467340.jpg

UJIAN KENAIKAN & PENTAULIAHAN PANGKAT KRS MUSLEH

1. PENDAHULUAN

KURSUS PENTAULIAHAN PEGAWAI PENGURUSAN (KPPP),KURSUS KENAIKAN PANGKAT (KKP) PEGAWAI LATIHAN DAN UJIAN

KENAIKAN PANGKAT (UKP) TUNAS / KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH (KRSM) INI DISUSUN DENGAN HARAPAN AGAR

BAKAL PEGAWAI DAN ANGGOTA KRSM MENDAPAT PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN YANG BERSESUAIAN SERTA SELARAS DENGAN

KEHENDAK DAN PERLEMBAGAAN KRS MALAYSIA. DENGAN ITU MEREKA AKAN DAPAT MELAKSANAKAN TUGAS MENGIKUT TATACARA

PENGURUSAN YANG DITETAPKAN DALAM KRS MALAYSIA DAN KRS MUSLEH. DARI SEGI KEMAHIRAN, TAHAP KEFAHAMAN DAN

PENGUASAAN DAPAT DIUKUR DAN DIMANTAPKAN PADA TAHAP YANG SEWAJARNYA. DARI SEGI NASIONALNYA KITA DAPAT

MENGUMPULKAN PARA PENGGERAK KRSM BAGI MERAPATKAN UKHUWWAH DAN MENINGKATKAN SEMANGAT BERPASUKAN YANG

UTUH. DI SAMPING ITU ASPEK PENTAKSIRAN DAPAT DIMANTAPKAN SECARA PRAKTIKAL DAN LEBIH FOKUS. INI MEMBANTU PIHAK

SEKOLAH MERANCANG PROGRAM-PROGRAM YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA PENCAPAIAN OBJEKTIF SEKOLAH SECARA KHUSUSNYA

DAN IKRAM MUSLEH SECARA UMUMNYA.

 

2. OBJEKTIF

A. MENGUMPULKAN PARA PENGGERAK KRSM DAN MENINGKATKAN UKHUWWAH.

B. MENYELARASKAN KEFAHAMAN TENTANG MODUL PELAKSANAAN DAN PENILAIAN.

C. MEMBERI PENGALAMAN YANG PRAKTIKAL TENTANG PENTAKSIRAN BIDANG KEMAMPUAN.

D. MENGUKUR TAHAP KEFAHAMAN DAN KEMAHIRAN PESERTA DALAM SUKATAN YANG TELAH DITETAPKAN.

E. MENYEDIAKAN PARA PESERTA AGAR MAMPU BERSAING DAN BERKEMAMPUAN MELAKSANAKAN TUGAS DI SEKOLAH DAN

PENGLIBATAN DI PERINGKAT DAERAH, NEGERI DAN SETERUSNYA.

F. MEMBINA PENGHAYATAN TERHADAP AMALAN KEROHANIAN.

G. MENERAPKAN KEMAHIRAN PENGURUSAN ORGANISASI SECARA PRAKTIKAL.

 

3. SASARAN PENYERTAAN

A. KPPP : SEMUA PENGETUA / GURU BESAR, GURU PENOLONG KANAN DAN PENYELARAS ATAU KETUA BIDANG KRSM (SMI

SAHAJA) YANG BELUM DITAULIAHKAN SEBAGAI KOMANDAN/ TIMBALAN KOMANDAN/ PENOLONG KOMANDAN KRSM DI

SEKOLAH MASING – MASING.

B. KKP :

I. SEMUA GURU KRSM DI SEKOLAH YANG BELUM DITAULIAHKAN SEBAGAI PEGAWAI LATIHAN (LEFTENAN MUDA).

II. PEGAWAI YANG TERDIRI DARI ALUMNI SEKOLAH YANG BERPANGKAT STAF SARJAN DAN KE ATAS JUGA WAJIB

MENGIKUTI KURSUS SEPENUHNYA.

C. UKP : ANGGOTA KADET KRSM YANG BERPANGKAT KOPERAL, SARJAN DAN STAF SARJAN ANGGOTA KRSM YANG

BERPANGKAT KOPERAL UNTUK TEMPOH TIDAK KURANG DARI 6 BULAN BERDASARKAN NISBAH KEANGGOTAAN DI SEKOLAH.

 

4. ANGGARAN PESERTA

ANGGARAN :

A. SARJAN KRSM : 300 ORANG

B. STAF SARJAN : 120 ORANG

C. PEGAWAI WARAN 2 : 30 ORANG

D. LEFTENAN MUDA : 100 ORANG

E. PEGAWAI PENGURUSAN : 30 ORANG

JUMLAH : 580 ORANG

 

5. TEMPAT

A. D’AMIR CHALET DAN RINDU ALAM, KAMPUNG BAHARU, SITIAWAN, PERAK

(PEGAWAI PENGURUSAN, LEFTENAN MUDA, STAF SARJAN DAN SARJAN KRSM)

B. TELUK BATIK (PEGAWAI WARAN 2 KRSM)

 

6. TARIKH – TARIKH PENTING

A. TARIKH PROGRAM : 26 – 29 MEI 2024 (AHAD – RABU)

B. TEMPOH PENDAFTARAN PESERTA : 20 MAC – 30 APRIL 2024PAGE 3 OF 10

C. LAPOR DIRI AJK PELAKSANA : 24 MEI 2024 ( JUMAAT) (8.00 PAGI – 10.00 PAGI)

D. LAPOR DIRI PESERTA LM DAN KADET : 26 MEI 2024 (AHAD) (8.00 PAGI – 10.00 PAGI)

E. LAPOR DIRI PEGAWAI PENGURUSAN : 27 MEI 2024 (ISNIN) (8.00 PAGI – 10.00 PAGI)

F. MAJLIS PENTAULIAHAN (KPPP SAHAJA) : 29 MEI 2024 (RABU) (10.00 PAGI – 12.30 TGH)

G. TARIKH UJIAN TEORI : 21 MEI 2024 (SELASA)

*PENGESAHAN PELEPASAN PERLU DIBUAT OLEH PIHAK SEKOLAH KEPADA JAWATANKUASA PENGANJUR.

 

7. SYARAT PENYERTAAN

A) PEGAWAI PENGURUSAN (KOMANDEN / TIMBALAN KOMANDEN)

A. SEMUA GURU BESAR/PENGETUA DAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM / TARBIAH YANG BELUM

DITAULIAHKAN. TERBUKA JUGA KEPADA PENOLONG KANAN YANG LAIN.

 

B) LEFTENAN MUDA KRSM

A. SEMUA GURU YANG BERTUGAS DI SEKOLAH RANGKAIAN IKRAM-MUSLEH YANG BELUM DITAULIAHKAN.

B. SIHAT TUBUH BADAN, TIDAK MENGIDAP PENYAKIT BERJANGKIT DAN BERBAHAYA.

C. TELAH / AKAN MENGIKUTI KURSUS DAURAH KHAS JURULATIH (PRA / 01)

D. TELAH / AKAN MENGIKUTI KURSUS KEMAHIRAN KAWAD KAKI (KEMAHIRAN WAJIB)

E. TELAH / AKAN MENGIKUTI KURSUS TEORI (WEBINAR)

 

C) PEGAWAI WARAN KRSM

A. TELAH DITAULIAHKAN PANGKAT STAF SARJAN KRSM DI PERINGKAT KEBANGSAAN SEKURANG-KURANGNYA 6

BULAN SEBELUM KURSUS

B. BERUMUR 16 TAHUN @ TINGKATAN 4 KE ATAS

C. MENGIKUT BILANGAN KOMPENI DI SEKOLAH

I. SATU KOMPENI SEORANG PEGAWAI WARAN

D. SIHAT TUBUH BADAN, TIDAK MENGIDAP PENYAKIT BERJANGKIT DAN BERBAHAYA.

NOTA: 1 KOMPENI = 1 PW (SYABAB) + 1 PW (FATAYAT)

 

D) STAF SARJAN KRSM

A. TELAH DITAULIAHKAN PANGKAT SARJAN KRSM DI PERINGKAT KEBANGSAAN SEKURANG-KURANGNYA 6

BULAN SEBELUM KURSUS.

B. BERUMUR 15 TAHUN @ TINGKATAN 3 KEATAS.

C. MENGIKUT BILANGAN PLATUN DI SEKOLAH

I. SATU PLATUN SEORANG STAF SARJAN

D. SIHAT TUBUH BADAN, TIDAK MENGIDAP PENYAKIT BERJANGKIT DAN BERBAHAYA.

 

E) SARJAN KRSM

A. TELAH DITAULIAHKAN PANGKAT KOPERAL KRSM DI PERINGKAT SEKOLAH SEKURANG-KURANGNYA 6 BULAN

SEBELUM KURSUS.

B. BERUMUR 14 TAHUN @ TINGKATAN 2 KE ATAS

C. MENGIKUT BILANGAN SEKSYEN DI SEKOLAH - SATU SEKSYEN SEORANG SARJAN.

D. SIHAT TUBUH BADAN, TIDAK MENGIDAP PENYAKIT BERJANGKIT DAN MERBAHAYA

 

NOTA :

1. BAGI SEKOLAH YANG MEMPUNYAI 1 KOMPENI (4 PLATUN), PERLU ADA :

A. KETUA (SYABAB) + PEN. KETUA (FATAYAT) = 2 SJN KOMPENI

B. KETUA PLATUN(SYABAB + FATAYAT) = 4 SJN PLATUN

JUMLAH SARJAN YANG PERLU ADA = 6 ORANG

 

2. BAGI SEKOLAH YANG MEMPUNYAI 2 KOMPENI (8 PLATUN), PERLU ADA :

A. KETUA (SYABAB) + PEN. KETUA (FATAYAT) = 2 SJN KOMPENI

B. KETUA + PEN. KETUA KOMPENI (SYABAB+FATAYAT) = 4 SJN KOMPENI

C. KETUA PLATUN(SYABAB + FATAYAT) = 8 SJN PLATUN

JUMLAH SARJAN YANG PERLU ADA = 14 ORANGPAGE 4 OF 10

 

3. BAGI SEKOLAH YANG MEMPUNYAI 3 KOMPENI (12 PLATUN), PERLU ADA :

A. KETUA (SYABAB) + PEN. KETUA (FATAYAT) = 2 SJN KOMPENI

B. KETUA + PEN. KETUA KOMPENI (SYABAB+FATAYAT) = 6 SJN KOMPENI

C. KETUA PLATUN(SYABAB + FATAYAT) = 12 SJN PLATUN

JUMLAH SARJAN YANG PERLU ADA = 20 ORANG

 

4. BAGI SEKOLAH YANG MEMPUNYAI 4 KOMPENI (16 PLATUN), PERLU ADA :

A. KETUA (SYABAB) + PEN. KETUA (FATAYAT) = 2 SJN KOMPENI

B. KETUA + PEN. KETUA KOMPENI (SYABAB+FATAYAT) = 8 SJN KOMPENI

C. KETUA PLATUN(SYABAB + FATAYAT) = 16 SJN PLATUN

JUMLAH SARJAN YANG PERLU ADA = 26 ORANG

 

5. BAGI SEKOLAH YANG MEMPUNYAI 5 KOMPENI (20 PLATUN), PERLU ADA :

A. KETUA (SYABAB) + PEN. KETUA (FATAYAT) = 2 SJN KOMPENI

B. KETUA + PEN. KETUA KOMPENI (SYABAB+FATAYAT) = 10 SJN KOMPENI

C. KETUA PLATUN(SYABAB + FATAYAT) = 20 SJN PLATUN

JUMLAH SARJAN YANG PERLU ADA = 32 ORANG

* KURSUS KENAIKAN PANGKAT ADALAH MERANGKUMI UJIAN TEORI DAN AMALI SERTA PENTAKSIRAN KONSTRUK KEMAMPUAN.

OLEH YANG SEDEMIKIAN PERSIAPAN PERLU DIBUAT DI DALAM MENGUASAI ILMU KEMAHIRAN KRSM SEPERTI KAWAD, BASED,

IKATAN DAN ILMU KEMAHIRAN KRSM YANG LAIN. PIHAK KAMI JUGA MENGHARAPKAN LATIHAN FIZIKAL DAN ROHANI DILAKUKAN

SEBELUM MENGIKUTI KURSUS INI.

 

8. SYARAT PENTAULIAHAN

8.1 SYARAT PENTAULIAHAN PANGKAT LEFTENAN MUDA

1. LULUS UJIAN AMALI

2. HADIR SEKURANG – KURANGNYA 85% DARI JUMLAH JAM KESELURUHAN KURSUS (KETIDAKHADIRAN MESTILAH DALAM

MAKLUMAN DAN KEIZINAN URUSETIA / KOMANDAN KURSUS).

3. SYARAT LAIN PENTAULIAHAN:

A. TELAH MENGIKUTI DAURAH KHAS JURULATIH

B. TELAH MENGHADIRI WEBINAR KURSUS PEGAWAI KRSM

C. TELAH HADIR DAN LULUS KURSUS KEMAHIRAN KAWAD

*NOTA : PEGAWAI YANG BELUM MEMENUHI SYARAT PENTAULIAHAN SEPERTI YANG TERTERA DI ATAS, MASIH BOLEH

HADIR KE KURSUS INI SEPENUHNYA. NAMUN, PENTAULIAHANNYA AKAN DITANGGUHKAN SEHINGGA SYARAT - SYARAT YANG

BERKAITAN DIPENUHI.

8.2 SYARAT PENYERTAAN DAN PENTAULIAHAN PANGKAT PEGAWAI WARAN 2, STAF SARJAN DAN SARJAN KRSM

1. LULUS UJIAN TEORI DAN AMALI DI PERINGKAT KEBANGSAAN.

2. HADIR SEKURANG – KURANGNYA 85% DARI JUMLAH JAM KESELURUHAN KURSUS (KETIDAKHADIRAN MESTILAH DALAM

MAKLUMAN DAN KEIZINAN URUSETIA / KEM KOMANDAN).

 

MAJLIS PENTAULIAHAN

A. MAJLIS PENTAULIAHAN HANYA AKAN DIBUAT UNTUK PEGAWAI PENGURUSAN DAN LEFTENAN MUDA KRSM YANG

MEMENUHI SYARAT SAHAJA, MANAKALA ANGGOTA KADET PEGAWAI WARAN 2, STAF SARJAN DAN SARJAN KRSM,

PENTAULIAHAN MEREKA HANYA MELALUI PENYERAHAN SIJIL PENTAULIAHAN MELALUI PIHAK SEKOLAH.

B. SIJIL DIBERI PADA AKHIR KURSUS. PIHAK SEKOLAH PERLU CETAK NAMA, NO KP DAN PENCAPAIAN PESERTA SETELAH

SEMUA MARKAH UJIAN DISEMAK OLEH PIHAK URUSETIA DAN SEKRETARIAT KRSM SELEPAS 2 MINGGU DARI TARIKH

AKHIR KURSUS.

C. PEMAKAIAN MESTILAH BERSAMA AKSESORI YANG LENGKAP :

PEGAWAI PENGURUSAN – PAKAIAN LENGKAP NOMBOR 2 @ 3

D. STANDARD PEMAKAIAN ADALAH MENGIKUT SKIMA PEMAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN.

E. ANGGOTA TIDAK AKAN DIBERI PENTAULIAHAN SEKIRANYA TIDAK MEMAKAI PAKAIAN MENGIKUT STANDARD SEPERTIMANA YANG

TELAH DITETAPKAN.PAGE 5 OF 10

F. ANGGOTA TIDAK AKAN DIBERI PENTAULIAHAN SEKIRANYA GAGAL DI DALAM UJIAN YANG DILAKSANAKAN ATAU DIDAPATI

TIDAK JUJUR DALAM MAKLUMAT YANG DIBERI.

 

9. PERINGATAN

A. MANA–MANA PESERTA YANG MENGHIDAP PENYAKIT YANG BERBAHAYA DAN BERJANGKIT ADALAH DILARANG SAMA SEKALI

MENGIKUTI KURSUS KENAIKAN PANGKAT INI.

B. PAKAIAN MELAMBANGKAN MANA-MANA PARTI POLITIK ATAU BADAN-BADAN DAN PERTUBUHAN YANG TIDAK SAH ADALAH

DILARANG MEMAKAINYA SEPANJANG KURSUS.

C. PAKAIAN YANG MEMPUNYAI LAMBANG, CORAK, SIMBOL, LUKISAN ATAU SEBAGAINYA YANG TIDAK BERCIRIKAN ISLAM ADALAH

DILARANG.

D. SEMUA PAKAIAN MEMPUNYAI TANDA ATAU NAMA PERIBADI UNTUK MUDAH DIKENALI.

E. TIDAK MENAMPAKKAN DAN MENDEDAHKAN AURAT.

F. BAGI PESERTA WANITA BAJU MUSLIMAH.

G. PIHAK KRSM TIDAK BERTANGGUNG JAWAB ATAS SEBARANG KEHILANGAN DAN SEBARANG KEROSAKAN BARANG BERHARGA YANG

DIMILIKI OLEH PEMILIK ATAU PESERTA KURSUS.

H. SEMUA JENIS KAMERA TIDAK DIBENARKAN UNTUK DIBAWA.

I. PERALATAN PERIBADI DAN BERHARGA SEPERTI JAM, TELEFON BIMBIT DAN BEG DUIT DIKUMPULKAN DAN DISIMPAN OLEH GURU

PENGIRING SEKOLAH MASING-MASING.

J. BAGI MANA-MANA PESERTA YANG MEMPUNYAI KEPERLUAN UBAT PERIBADI ADALAH DINASIHATKAN UNTUK DIBAWA BERSAMA.

K. PIHAK SEKOLAH DIMINTA MEMASTIKAN PELAJAR MEMPUNYAI INSURAN KELOMPOK.

 

10. AKTIVITI

SEMUA AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN ADALAH BERDASARKAN KURIKULUM TERKINI KRSM YANG TELAH DILULUSKAN OLEH

SEKRETARIAT PUSAT KRS MUSLEH. AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

A. LM – UJIAN AMALI DAN KONSTRUK

B. KEMAHIRAN ASAS - MINIMUM 10 JAM

1. KAWAD KAKI

2. BASED

3. TALI TEMALI

4. BANTU MULA

5. MEMANAH TRADISONAL (LM, PW2 DAN STAF SARJAN)

C. KEMAHIRAN TAMBAHAN (KURSUS TERTENTU)

1. KAYAK

2. RAKIT

3. KOMPAS & PANDU ARAH

 

11. KEPERLUAN RUPADIRI, PAKAIAN DAN PERALATAN

 

A. RAMBUT

BAGI PESERTA LELAKI WAJIB DIPOTONG PENDEK. SAIZ MAKSIMUM SAIZ 3. PESERTA YANG TIDAK BERAMBUT PENDEK SEPERTI

YANG DISYARATKAN AKAN DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN DAN URUSETIA AKAN MEMOTONG RAMBUT DI TEMPAT KURSUS SERTA

DIKENAKAN BAYARAN DENDA SEBANYAK RM 20.00 PER KEPALA.

 

B. INDIVIDU

LELAKI

A. KEMEJA CERAH (AKTIVITI KULIAH WAKTU MALAM)

B. PAKAIAN NO 3 @ NO 4 (UNTUK MAJLIS PENTAULIAHAN) NO. 2 (PEGAWAI PENGURUSAN)

C. PAKAIAN SOLAT

D. SELUAR SLACK WARNA HITAM

E. KASUT SUKAN

F. T-SHIRT KRSM (IKUT STANDARD LOGO KRS + MUSLEH)

G. SELUAR SUKAN BERWARNA GELAPPAGE 6 OF 10

H. BARRET KRSM-MENGIKUT WARNA YG DITETAPKAN

I. KELENGKAPAN MANDI

J. PAKAIAN LAIN YANG DIPERLUKAN SEMASA PROGRAM SECUKUPNYA

K. UBAT-UBATAN PERIBADI, FACE MASK, HAND SANITIZER.

L. ALAT TULIS

M. BUKU LOG (PESERTA KURSUS LM PW2 SS)

PEREMPUAN

A. BAJU KURUNG @ MUSLIMAH CERAH (AKTIVITI WAKTU MALAM)

B. PAKAIAN NO 3 @ NO 4 (UNTUK MAJLIS PENTAULIAHAN) NO. 2 (PEGAWAI PENGURUSAN)

C. PAKAIAN SOLAT

D. TUDUNG WARNA HIJAU, HITAM DAN PUTIH

E. KELENGKAPAN MANDI

F. KASUT SUKAN

G. T-SHIRT KRSM (IKUT STANDARD LOGO KRS + MUSLEH)

H. SELUAR SUKAN BERWARNA GELAP

I. BARRET KRSM-MENGIKUT WARNA YG DITETAPKAN

J. KELENGKAPAN MANDI

K. PAKAIAN LAIN YANG DIPERLUKAN SEMASA PROGRAM SECUKUPNYA

L. UBAT-UBATAN PERIBADI, FACE MASK, HAND SANITIZER.

M. ALAT TULIS

N. BUKU LOG (PESERTA KURSUS LM PW2 SS)

 

PERHATIAN: SILA RUJUK SKEMA PEMAKAIAN KRSM (DALAM BUKU MODUL TKRSM / KRSM) BAGI MENGETAHUI

STANDARD PEMAKAIAN YANG BETUL

 

C. PERALATAN LATIHAN (INDIVIDU)

A. TALI NILON ( 4 METER )

B. KAIN ANDUH

C. LAMPU SULUH

D. ALAT TULIS

E. AL-MA’THURAT DAN AL-QURAN

 

D. MAKANAN (PER INDIVIDU UNTUK 4 HARI 3 MALAM . PESERTA KURSUS PEGAWAI PENGURUSAN DISEDIAKAN

MAKANAN)

A. BERAS

B. LAUK SEGERA UNTUK DIMASAK (CTH: SARDIN DAN MAKANAN KELUARAN BRAHIM)

C. MINUMAN BERTENAGA

D. MAKANAN RINGAN

E. MAKANAN SEGERA SEPERTI MAGGI TIDAK DIBENARKAN

* MAKANAN TENGAHARI HARI TERAKHIR AKAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK URUSETIA UNTUK SEMUA PESERTA.

**GURU PENGIRING ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MEMBANTU BAGI MEMBELI KEPERLUAN PESERTA DI SEPANJANG

KURSUS BERJALAN.

 

E. KHEMAH (HANYA UNTUK PESERTA KURSUS SARJAN KRSM SAHAJA )

A. PIHAK SEKOLAH DIKEHENDAKI MENYEDIAKAN SENDIRI KHEMAH BAGI PASUKAN MASING-MASING

B. KHEMAH ADALAH DINASIHATKAN BERSAIZ SEDERHANA

C. MENGIKUT BILANGAN PESERTA

D. JENIS KHEMAH YANG DIBENARKAN ADALAH KHEMAH JENIS “A” ATAU KHEMAH PASANG SIAP (IGLOO)PAGE 7 OF 10

*** KHEMAH UNTUK KURSUS STAF SARJAN, PEGAWAI WARAN, LEFTENAN MUDA DAN PEGAWAI PENGURUSAN

DISEDIAKAN OLEH URUSETIA.

 

F. PERALATAN DARI SETIAP SEKOLAH

A. PARANG (SETIAP KURSUS KECUALI PENGURUSAN, PERLU MEMBAWA SEBILAH PARANG)

B. BELERANG@GARAM – SECUKUPNYA MENGIKUT KEPERLUAN UNTUK KESELAMATAN

C. LIGHTER @ MANCIS (SETIAP KURSUS KECUALI PENGURUSAN)

D. KOTAK UBAT

E. PLASTIK SAMPAH

F. BYGON JENIS SEMBURAN

G. PARANG BERSAIZ KECIL (SETIAP INDIVIDU PESERTA KURSUS STAF SARJAN)

 

12. GURU PENGIRING

A. TELAH DITAULIAHKAN PANGKAT SEKURANG-KURANGNYA LEFTENAN MUDA.

B. BERTINDAK SEBAGAI PENGURUS KONTINJEN SEKOLAH MASING-MASING DALAM URUSAN

1. PENDAFTARAN PESERTA

2. MAKAN MINUM

3. PENGURUSAN PASUKAN

4. KESELAMATAN & KESIHATAN (PASTIKAN ADA SALINAN KP MURID)

C. MEMBAWA PAKAIAN LENGKAP KRSM NO 3 ATAU NO 4 UNTUK MAJLIS PENUTUP.

D. PERLU SENTIASA BERSAMA PELAJAR TERUTAMANYA KETIKA PELAJAR BERADA DI KAWASAN PERKHEMAHAN

E. MAKANAN DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS

F. TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI UNTUK KELUAR DARI KAWASAN PROGRAM SAMA ADA UNTUK MEMBELI BARANG DAN

SEBAGAINYA KECUALI ATAS SEBAB-SEBAB YANG DIIZINKAN OLEH PIHAK URUSETIA.

 

13. PERKARA DAN TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT OLEH PIHAK SEKOLAH SEBELUM

MENGHADIRI KURSUS

A. MENYELESAIKAN BAYARAN YURAN SEPENUHNYA MENGGUNAKAN LINK AWFATECH YANG TELAH DISEDIAKAN SEBELUM 30

APRIL 2024. BAYARAN SECARA TUNAI TIDAK DITERIMA.

B. MENYEDIAKAN:

1. KAD UJIAN KENAIKAN PANGKAT BAGI SETIAP PESERTA.

2. SATU (1) SALINAN SIJIL PENTAULIAHAN PANGKAT BAGI SETIAP CALON.

3. SALINAN SIJIL-SIJIL KURSUS KEMAHIRAN DAN DAURAH BAGI SETIAP CALON (KHUSUS UNTUK PESERTA LEFTENAN MUDA)

4. SURAT PENGESAHAN KESIHATAN BAGI SETIAP CALON DAN PEGAWAI PENGIRING OLEH PIHAK SEKOLAH.

5. BORANG DEKLARASI KESIHATAN PESERTA KURSUS.

6. SURAT KEBENARAN IBU BAPA BAGI SETIAP CALON.

NOTA : PER NO 2 DAN 3 BAGI SIJIL PENTAULIAHAN PANGKAT & KEMAHIRAN WAJIB DIMUATNAIK KE DALAM PAUTAN

 

PENDAFTARAN MAKLUMAT PESERTA YANG DISEDIAKAN

 

14. AHLI JAWATANKUASA

14.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT : SEKRETARIAT KRS MUSLEH

PENGARAH : KAPTEN KRSM MUHAMMAD RUBAIE BIN ABD RAHAIM

TIMBALAN PENGARAH PENTADBIRAN : KAPTEN KRSM UMAR AL MUKHTAR BIN ISMAIL

TIMBALAN PENGARAH TEKNIKAL : KAPTEN KRSM MOHD NOR BIN OMAR

SETIAUSAHA : KAPTEN KRSM NORZALINA BINTI NORDIN

PENOLONG SETIAUSAHA : LM KRSM MUHAINI BINTI MAHUSAIN

BENDAHARI : LM KRSM MUHAMMAD FAHMI SYAZWAN BIN KAMARUDDIN

PENOLONG BENDAHARI : MEJAR KRSM MADIHAH BINTI UZIR

PENDAFTARAN, DATA & SIJIL : KAPTEN KRSM KHAIRUL ANAM BIN MOHD OMARPAGE 8 OF 10

 

14.2 SENARAI URUSETIA / JURULATIH KURSUS :

- AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN SELEPAS MENDAPAT PENGESAHAN PELEPASAN MELALUI PIHAK SEKOLAH.

 

15. PEMBAYARAN YURAN

A. SEBARANG REFUND TIDAK AKAN DILAYAN, PIHAK SEKOLAH PERLU CARI PENGGANTI.

B. SEBARANG PERMOHONAN BAGI PENGINAPAN AWAL @ KHUSUS SILA HUBUNGI BENDAHARI.

C. PENTING : SETELAH PEMBAYARAN YURAN DIBUAT BARU DIKIRA SEBAGAI PESERTA PROGRAM. PALING LEWAT

SEMINGGU SEBELUM TARIKH PROGRAM @ SEHINGGA KUOTA PESERTA PENUH.

D. BAYARAN YANG DILAKUKAN HENDAKLAH MENGGUNAKAN TRANSAKSI INSTANT TRANSFER SAHAJA.

 

16. YURAN PENYERTAAN

1. PAUTAN BAGI SEKOLAH RANGKAIAN MUSLEH

A. YURAN KURSUS UKPP ANGGOTA KADET - RM200

HTTPS://MY04.AWFATECH.COM/MAIN/APP/FINPAY/PAYFORM.PHP?SYSAPP=KRSMUSLEH&ID=568

B. YURAN GURU PENGIRING UKPP (KADET) - RM100

HTTPS://MY04.AWFATECH.COM/MAIN/APP/FINPAY/PAYFORM.PHP?SYSAPP=KRSMUSLEH&ID=570

C. YURAN KURSUS KKPP DAN KPPP (PEGAWAI) - RM200

HTTPS://MY04.AWFATECH.COM/MAIN/APP/FINPAY/PAYFORM.PHP?SYSAPP=KRSMUSLEH&ID=572

2. PAUTAN BAGI SEKOLAH RAKAN MUSLEH

A. YURAN KURSUS UKPP ANGGOTA KADET - SEKOLAH RAKAN MUSLEH - RM200

HTTPS://MY04.AWFATECH.COM/MAIN/APP/FINPAY/PAYFORM.PHP?SYSAPP=KRSMUSLEH&ID=569

B. YURAN GURU PENGIRING UKPP (KADET) - SEKOLAH RAKAN MUSLEH - RM100

HTTPS://MY04.AWFATECH.COM/MAIN/APP/FINPAY/PAYFORM.PHP?SYSAPP=KRSMUSLEH&ID=571

C. YURAN KURSUS KKPP DAN KPPP (PEGAWAI) - SEKOLAH RAKAN MUSLEH - RM200

HTTPS://MY04.AWFATECH.COM/MAIN/APP/FINPAY/PAYFORM.PHP?SYSAPP=KRSMUSLEH&ID=573

 

17. PENDAFTARAN MAKLUMAT

 

1. EHQ

HTTPS://UKPP24.FRONTLY.AI/

EMAIL & PASSWORD DIBERIKAN KEPADA PK KOKU SEKOLAH MASING-MASING

2. LINK PENDAFTARAN MAKLUMAT

SELEPAS ISI BORANG DI BAWAH, CIKBOT AKAN JANAKAN BORANG / SURAT YANG PERLU DIBAWA SEMASA LAPOR DIRI NANTI.

3. PESERTA - GURU PENGIRING

HTTPS://OPENMYLINK.IN/UKPP24-REG-PENGIRING

4. PESERTA - GURU (CALON LM)

HTTPS://OPENMYLINK.IN/UKPP24-REG-LM

5. PESERTA - CALON PENGURUSAN

HTTPS://OPENMYLINK.IN/UKPP24-REG-PENGURUSAN

6. PESERTA - PELAJAR

HTTPS://OPENMYLINK.IN/UKPP24-REG-PELAJAR-SMI

7. KAD UJIAN KENAIKAN PANGKAT

A. KADET SMIPAGE 9 OF 10

HTTPS://OPENMYLINK.IN/KADUJIANKENAIKANPANGKAT-KRSM

B. KADET SRI

HTTPS://OPENMYLINK.IN/KADUJIANKENAIKANPANGKAT-TKRSM

GURU PIC WAJIB PROSES SEMUA BORANG / SURAT YANG DIJANA OLEH CIKBOT TERSEBUT :

1. DOWNLOAD (AMBIL DLM EHQ)

2. PRINT OUT

3. DAPATKAN PENGESAHAN P/GB

4. SERAHKAN SEMASA LAPOR DIRI DI TAPAK PROGRAM

 

18. PERHUBUNGAN

BAGI SEKOLAH YANG TELAH DAN AKAN MENDAFTAR, PIC PENDAFTARAN WAJIB MENYERTAI KUMPULAN TELEGRAM PIC KPPP

KKP & UKP 24 BAGI MENDAPATKAN INFO BERKAITAN KURSUS DARI SEMASA KE SEMASA MELALUI LINK BERIKUT:

HTTPS://T.ME/+HLY2YEA30MM5Y2JL

 

19. PENUTUP

SEMOGA KERTAS KERJA INI DAPAT MEMBANTU PIHAK JAWATANKUASA PENGANJUR DALAM KELANCARAN PROGRAM DAN PIHAK

SEKOLAH DALAM MEMBUAT PERANCANGAN SEBAIK MUNGKIN UNTUK KPPP, KKPP DAN UKP TAHUN 2024 INI.

JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN BERKAITAN KURSUS INI, SILA MERUJUK KEPADA:

A. PENGERUSI SEKRETARIAT KRSM, MEJAR KRSM ABD RAHAIM MD ISA, (0132296552)

B. SETIAUSAHA SEKRETARIAT KRSM, MEJAR KRSM DR. SHAHRINIZAM MOHD AMIN (0134818252).

C. PENGARAH KURSUS, KAPTEN KRSM MUHAMMAD RUBAIE BIN ABD RAHAIM (0133595081)

D. PENDAFTARAN & DATA, KAPTEN KRSM KHAIRUL ANAM BIN MOHD OMAR (013 5132779)

E. BENDAHARI, LM KRSM MUHAMMAD FAHMI SYAZWAN BIN KAMARUDDIN (0135370633)

 

DISEDIAKAN OLEH

MAJLIS JURULATIH KEBANGSAAN

KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH (KRS MUSLEH)

LAGI
https://my04.awfatech.com/krsmusleh/content/news/newsf1_KRS013_1709821857.jpg

KURSUS KEJURULATIHAN TAHAP 1

[BERITA] SITIAWAN - PADA 1 MAC HINGGA 3 MAC 2024 BERTEMPAT DI AMIR CHALET, SITIAWAN PERAK TELAH BERLANGSUNG KURSUS KEJURULATIHAN BAGI TAHAP 1 (KKT 1). SEBELUM INI KKT1 DIKENALI SEBAGAI KURSUS KEMAHIRAN ASAS ( KKA) 

 

KKT 1 INI ADALAH KURSUS KEMAHIRAN ASAS YANG PERLU DIJALANI OLEH SEMUA PEGAWAI DAN KADET YANG BERPOTENSI DAN INGIN MEMANTAPKAN KEMAHIRAN. KKT 1 JUGA MERUPAKAN PRA-SYARAT BAGI KENAIKAN PANGKAT LEFTENAN MUDA KRS MUSLEH.

 

SERAMAI 139 ORANG PEGAWAI TERMASUK 6 ORANG KADET TELAH MENYERTAI KURSUS INI. ANTARA KEMAHIRAN YANG DITAWARKAN KALI INI PADA KKT 1 ADALAH KEMAHIRAN KAWAD KAKI, BASED, ORIENTEERING DAN BANTU MULA SERTA TALI TEMALI DAN ILMU PERKHEMAHAN.

 

TAHNIAH DAN SYABAS BAGI SEMUA PESERTA DAN JAWATANKUASA YANG TERLIBAT. - KRSMEDIA

LAGI
https://my04.awfatech.com/krsmusleh/content/news/newsf1_KRS013_1709174768.png

KURSUS KEJURULATIHAN TAHAP 1

KURSUS KEJURULATIHAN TAHAP 1 (KURSUS ASAS KEMAHIRAN)

KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH 2024

 

1.0  PENDAHULUAN 

TARBIYAH PELAJAR MERUPAKAN SALAH SATU KOMPONEN UTAMA YANG TERKANDUNG DALAM SISTEM PENDIDIKAN IKRAM MUSLEH. KRS MUSLEH ADALAH SALAHSATU DARIPADA WADAH YANG DITUBUHKAN UNTUK MELENGKAPKAN PROSES PENTARBIYYAHAN GURU DAN PELAJAR SECARA BERSEPADU. TEORI DAN KAEDAH PENGAJARAN DI KELAS SAHAJA TIDAK DAPAT MENYEDIAKAN SATU PENGALAMAN PENDIDIKAN YANG MENYELURUH KERANA ASPEK EMOSI, KEPIMPINAN, ROHANI MEMERLUKAN SATU RUANG LINGKUP KEHIDUPAN YANG SEBENAR. DI SAMPING ITU KEMAHIRAN YANG TERDAPAT SILIBUS TERSEBUT PERLU DIMANTAPKAN DI KALANGAN PARA GURU DAN PELAJAR. JESTERU ITU SATU BENTUK LATIHAN YANG BERTERUSAN PERLU DILALUI OLEH PARA PENDIDIK DAN PELAJAR SUPAYA KEMAHIRAN TERSEBUT LEBIH BERKESAN APABILA DIAJAR DI SEKOLAH MASING-MASING. 

 

DALAM MASA YANG SAMA KEFAHAMAN TERHADAP TARBIYAH DAN DAKWAH PERLULAH DIPERTINGKATKAN, MAKA KURSUS YANG DIANJURKAN INI DIRANGKA KHAS UNTUK MEMENUHI HASRAT TERSEBUT. DI ATAS KEYAKINAN INI MAKA KURSUS INI DIHARAPKAN DAPAT MEMBANTU KE ARAH PEMANTAPAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN SUKATAN KRSM DISAMPING DAPAT MEMBENTUK PERIBADI GURU DAN PELAJAR YANG UNGGUL. BAGI TAHUN 2024, PIHAK SEKRETARIAT TELAH MEMBERI PENJENAMAAN SEMULA KURSUS ASAS KEMAHIRAN KEPADA KURSUS KEJURULATIHAN TAHAP 1 DENGAN MENGGABUNGKAN 7 KURSUS KEMAHIRAN UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADA SEMUA PEGAWAI KRS SEKOLAH AGAR MEMPUNYAI SEKURANG-KURANGNYA 2 KEMAHIRAN MAJOR DALAM KRS/TKRS MUSLEH. 

 

2.0 OBJEKTIF 

1. MENGUMPULKAN TENAGA PENGGERAK KRSM DI SELURUH MALAYSIA. 

2. MEMBERI PENGALAMAN ILMU DAN KEMAHIRAN KRSM. 

3. MENINGKATKAN KEFAHAMAN BERKAITAN TARBIYAH DAN DAKWAH. 

4. MEMBERI MOTIVASI KE ARAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN. 

5. MEMANTAPKAN KEMAHIRAN YANG TERDAPAT DALAM SUKATAN KRSM. 

 

3.0 KURSUS, TARIKH & TEMPAT 

 KURSUS : 

1. KAWAD 

2. BASIC SELF DEFENCE (BASED) 

3. BANTU MULA 

4. TALI TEMALI 

5. MEMANAH TRADISIONAL  ( DITUNDA KERANA BILANGAN PENYERTAAN TIDAK MENCAPAI TAHAP MINIMA)

6. ORIENTEERING 

7. ILMU PERKHEMAHAN 

 

TARIKH : 1 - 3 MAC 2024

TEMPAT: D’AMIR CHALET, KG BAHARU, SITIAWAN, PERAK

MASA : 8.00 AM (MASA PENDAFTARAN 1 MAC 2024) 

 

4.0 SYARAT PENYERTAAN 

 

KURSUS KEMAHIRAN

A. PEGAWAI DAN KADET BERPANGKAT & TIDAK BERPANGKAT. 

B. BERPOTENSI & BERKEMAMPUAN SEBAGAI JURULATIH DI SEKOLAH. 

C. KEMAHIRAN KAWAD: WAJIB KEPADA SEMUA PEGAWAI YANG AKAN DITAULIAHKAN PANGKAT

D. KEMAHIRAN KAWAD DAN BASED DIBUKA PENYERTAAN UNTUK AHLI KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH YANG BERMINAT

 

5.0 PENGISIAN 

 

1. KONSEP TARBIYAH & DAKWAH 

2. HALATUJU DAN ORENTASI KRSM. 

3. PEMANTAPAN ILMU DAN KEMAHIRAN 

- ILMU KAWAD KAKI 

- ILMU BASED 

- ILMU BANTU MULA 

- ILMU MEMANAH TRADISIONAL 

- ILMU TALI-TEMALI (ARAS RENDAH DAN ARAS TINGGI)

- ILMU ORIENTEERING 

- ILMU PERKHEMAHAN 

4. PENGISIAN KEROHANIAN / UJIAN KEMAHIRAN MENGIKUT TAHAP 

 

6.0 STRUKTUR ORGANISASI JK PELAKSANA 

 

PENGARAH : KAPTEN KRSM MUHAMMAD RUBAIE BIN ABD. RAHAIM

TIMBALAN PENGARAH : KAPTEN KRSM ANIZA BINTI MAMAT 

SETIAUSAHA : LEFT MUDA KRSM NUR LIYANA BINTI ISMAIL 

BENDAHARI : LEFT MUDA KRSM MUHAMMAD FAHMI SYAZWAN BIN KAMARUDDIN

KETUA JURULATIH : MEJAR KRSM SAIFUL JAMSYIR B. MOHD HAKIM

AJK & JURULATIH : MAJLIS JURULATIH 

 

7.0 YURAN 

 SEMUA KURSUS KEMAHIRAN ASAS : RM250 SEORANG 

 

8.0 PENGENDALI 

 

A. MAJLIS JURULATIH KEBANGSAAN KRS MUSLEH 

B. PEGAWAI PERUBATAN BERTAULIAH 

 

9.0 SENARAI PERALATAN PESERTA KURSUS 

 

9.1 PERALATAN UNTUK KURSUS KEMAHIRAN 

 A. PAKAIAN NO 3 @ NO 4 

B. T-SHIRT KRSM BERKOLAR 

C. SELUAR SUKAN BERWARNA GELAP (BIRU TUA @ HITAM) 

D. SELUAR BASED @ SILAT (UNTUK KURSUS BASED) 

E. KASUT SUKAN DAN SELIPAR 

F. UBAT/PERALATAN KESIHATAN DAN KEBERSIHAN PERIBADI 

G. CADAR, BANTAL & SARUNG BANTAL 

H. BUKU CATATAN TULIS 

 

 

9.2 KHAS UNTUK FATAYAT 

 A. TUDUNG KRSM 

B. TUDUNG TAMBAHAN BERWARNA HITAM, HIJAU DAN PUTIH 

C. MINI JUBAH 

 

9.3 LAIN-LAIN 

 A. BARANG KEMAS TIDAK DIBENARKAN 

B. PAKAIAN YANG MELAMBANGKAN MANA-MANA PARTI POLITIK TIDAK DIBENARKAN. 

C. SEBARANG KEHILANGAN ADALAH DI BAWAH TANGGUNGJAWAB PESERTA. 

D. BOLEH MEMBAWA MAKANAN RINGAN (KEKACANG) 

E. BOLEH MEMBAWA PERALATAN YANG DIFIKIRKAN SESUAI DENGAN SUASANA DI LUAR 

F. PERALATAN TAJAM SEPERTI PISAU, PARANG TIDAK DIBENARKAN. 

G. KAMERA DIBENARKAN TETAPI DI BAWAH PENJAGAAN SENDIRI 

 

10.0 KEPADA GURU BESAR/PENGETUA, 

 

SILA PASTIKAN PESERTA SEKOLAH TUAN/PUAN; 

 

A. MEMILIKI TARAF KESIHATAN YANG BAIK. 

B. TIDAK MENGANDUNG BAGI WANITA. 

C. BERAMBUT PENDEK BAGI LELAKI (NO.2) 

D. MELAKUKAN PERSEDIAAN FIZIKAL DAN MENTAL. 

E. MEMBUAT TEMPAHAN TIKET PERGI DAN BALIK JIKA TIDAK BERKENDERAAN SENDIRI. 

F. MENYEDIAKAN BAYARAN YURAN YANG SECUKUPNYA SAMADA DENGAN CEK ATAU TUNAI. 

 

10.1 PENDAFTARAN PENYERTAAN DAN PEMBAYARAN HENDAKLAH MENGGUNAKAN PAUTAN BERIKUT: 

 

PENDAFTARAN: 

A. MAKLUMAT INSTITUSI: HTTPS://TINYURL.COM/PENDAFTARANKEMAHIRAN2023 

B. PENDAFTARAN PESERTA: HTTPS://TINYURL.COM/PESERTAKEMAHIRAN2023 

 

PEMBAYARAN YURAN: RM 250.00 

KURSUS KEMAHIRAN ASAS 2023
YURAN : RM250
HTTPS://MY04.AWFATECH.COM/MAIN/APP/FINPAY/PAYFORM.PHP?SYSAPP=KRSMUSLEH&ID=1584 

 

SEBELUM ATAU PADA 15 FEBRUARI 2024 

 

10.2 MEMBERI MOTIVASI DAN SOKONGAN PADU KEPADA PARA PESERTA. 

 

• PROGRAM DIJANGKA TAMAT PADA 3 MAC 2024, ISNIN JAM 5.00 PETANG. 

• PERHUBUNGAN / PERTANYAAN: 

A. KAPTEN KRSM MUHAMMAD RUBAIE BIN ABD. RAHAIM (PENGARAH) – 013 359 5081

A. MEJAR KRSM SAIFUL JAMSYIR B. MOHD HAKIM (KETUA JURULATIH) – 019 259 7150

B. KAPT KRSM ANIZA BINTI MAMAT (TIMB PENGARAH) – 013 953 5390 

C. LEFT MUDA KRSM NUR LIYANA BINTI ISMAIL (SETIAUSAHA) – 013 606 8401 

 

CABARAN BERMULA DARI RUMAH

 

DISEDIAKAN OLEH

SEKRETARIAH KRS MUSLEH 

LAGI
https://my04.awfatech.com/krsmusleh/content/news/newsf1_KRS013_1709171387.png

PERHIMPUNAN TAHUNAN 2024

PERHIMPUNAN TAHUNAN PENGURUSAN KEPIMPINAN KOKURIKULUM 

SEKOLAH RANGKAIAN DAN RAKAN IKRAM MUSLEH

TAHUN 2024

 

PENGENALAN

PENYAMPAIAN MAKLUMAT YANG BERKESAN AMAT PENTING DALAM KEJAYAAN PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI.  OLEH ITU PIHAK UNIT KOKURIKULUM IKRAM MUSLEH DAN KRS MUSLEH AKAN MENGANJURKAN PERHIMPUNAN TAHUNAN PENGURUSAN KEPIMPINAN KOKURIKULUM BERSAMA DENGAN GURU BESAR, PENGETUA DAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SEKOLAH-SEKOLAH RANGKAIAN DAN RAKAN IKRAM MUSLEH.  TUJUAN PERJUMPAAN TERSEBUT ADALAH UNTUK MENYEBAR DAN MENYAMPAIKAN MAKLUMAT BERKAITAN PENGURUSAN DAN PERANCANGAN SEKTOR KOKURIKULUM IKRAM MUSLEH DAN KRS MUSLEH SEPANJANG TAHUN 2024 SUPAYA PIHAK SEKOLAH DAPAT MERANCANG AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH MASING-MASING.  SEMOGA PERJUMPAAN INI AKAN MEMUDAHKAN PIHAK SEKOLAH UNTUK MERANCANG PERSEDIAAN PENYERTAAN PESERTA DENGAN SEMUA AKTIVITI YANG DIRANCANG SEPANJANG PADA TAHUN 2024. 

 

OBJEKTIF

DI AKHIR PERJUMPAAN ADALAH DIHARAPKAN PARA PESERTA DAPAT:

  1. MENYELARASKAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEMUA PERINGKAT
  2. MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN AKTIVITI KOKURIKULUM IKRAM MUSLEH TAHUN 2024
  3. MEMPERKASAKAN AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEMUA PERINGKAT UNTUK MENGEMBANGKAN BAKAT MURID DAN GURU
  4. MENGENALI BARISAN GURU BESAR, PENGETUA DAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SEKOLAH-SEKOLAH RANGKAIAN DAN RAKAN IKRAM MUSLEH

 

TARIKH, MASA & TEMPAT

TARIKH  : 1 & 2 MAC 2024

MASA   : 08.00 AM - 17.00 PM  

TEMPAT: DEWAN UTAMA IKRAM, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

 

SASARAN

SEMUA GURU BESAR, PENGETUA DAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SEKOLAH-SEKOLAH RANGKAIAN DAN RAKAN IKRAM MUSLEH

 

AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI                    : MEJAR KRS ABDUL RAHAIM B. MD. ISA

TIMBALAN PENGERUSI      : MEJAR KRS SOLEH B. SENAFI

SETIAUSAHA                  : MEJAR KRS DR. SHAHRINIZAM B. MOHD AMIN

BENDAHARI                   : MEJAR KRS WARDAH BT. SAARI

 

 

TENTATIF TAKLIMAT

1 MAC 2023 (JUMAAT)

08.00 – 09.00 PENDAFTARAN

09.00 – 10.30 TAARUF DAN TAKLIMAT PERHIMPUNAN

10.30 – 11.00  REHAT, MINUM PAGI

11.00 – 12.30  PEMBANGUNAN KEJURULATIHAN & PAJSK (BSKK KPM)

12.30 – 14.30  REHAT, CHECK IN, MAKAN & SOLAT

14.30 – 16.30  PEMBELAJARAN DIGITAL - PROJEK DRONE & DEC IR4.0

16.30 – 20.30  REHAT, MAKAN, SOLAT

20.30 – 23.00  PENGURUSAN KOKURIKULUM INSTITUSI PENDIDIKAN IKRAM MUSLEH

23.00 – 05.00  REHAT

 

2 MAC 2023 (SABTU)

05.00 - 09.00 QIAM, SUBUH & SARAPAN 

09.00 - 10.30  PERANCANGAN TAHUN 2024 

11.00 - 13.30  PLAN TINDAKAN

·       PEMANTAUAN

·       PROGRAM HIGH IMPACT

13.30 - 14.00  RESOLUSI & PENUTUP

 

 

PENUTUP

 ADALAH DIHARAPKAN SESI TAKLIMAT INI AKAN DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN JAYA DAN MENCAPAI OBJEKTIF YANG DITETAPKAN.

 

DISEDIAKAN OLEH 

SEKRETARIAT PUSAT

KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH

LAGI
https://my04.awfatech.com/krsmusleh/content/news/newsf1_KRS013_1704254677.jpg

3,561 PESERTA PRINT 5, BUKTI KEMENJADIAN SILANG BUDAYA TIGA NEGARA SERANTAU

KUALA KUBU BHARU - PENANTIAN SELAMA 6 TAHUN KERANA PENANGGUHAN SEGALA AKTIVITI LUAR AKIBAT PANDEMIK COVID-19, PRINT 5 ATAU NAMA PENUHNYA PERKHEMAHAN INTERNASIONAL KE-5 TELAH BERJAYA MENGHIMPUNKAN SERAMAI 3,561 PESERTA TERMASUK JAWATANKUASA PELAKSANA DARI 3 BUAH NEGARA IAITU MALAYSIA, INDONESIA DAN THAILAND YANG BERTEMPAT DI KEM BINA SEMANGAT, KUALA KUBU BHARU, SELANGOR PADA 24 HINGGA 27 DISEMBER 2023 YANG LALU. PRINT 5 INI ADALAH MERUPAKAN AKTIVITI KEMUNCAK TAHUNAN YANG DIANJURKAN DI BAWAH SEKTOR KOKURIKULUM IKRAM MUSLEH DAN KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH (KRSM).

 

"SILANG BUDAYA WADAH PERPADUAN MASYARAKAT RAHMAH" TELAH DIPILIH SEBAGAI TEMA PRINT 5 KALI INI. BERBEZA DENGAN SIRI PRINT SEBELUM INI, OBJEKTIF PRINT PADA KALI INI LEBIH MENUMPUKAN KEPADA AKTIVITI SILANG BUDAYA DI MANA SETIAP NEGARA AKAN MEMPAMER DAN MENYAJIKAN BUDAYA, MAKANAN, PAKAIAN, BAHASA DAN SENI SERTA PERMAINAN MEREKA. DALAM UCAPAN ALUAN OLEH PENGERUSI SEKTOR KOKURIKULUM IKRAM MUSLEH DAN KRS MUSLEH, MEJAR KRSM ABD RAHAIM BIN MD ISA, SELAIN MENYUBURKAN SEMANGAT SOLIDARITI TERHADAP SAUDARA DI PALESTIN, BELIAU MENYATAKAN HASRAT SUPAYA DENGAN ADANYA AKTIVITI SEPERTI INI PARA PESERTA LEBIH MENGETAHUI TRADISI DI SETIAP NEGARA SERTA DAPAT SALING MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA SATU SAMA LAIN. BAGI PENGANJURAN PRINT KE-6 PADA MASA AKAN DATANG, BELIAU MENYASARKAN UNTUK MENJEMPUT 2 BUAH LAGI NEGARA IAITU BRUNEI DAN SINGAPURA. PERBINCANGAN AWAL INI JUGA TIDAK MENAFIKAN PENGLIBATAN DARI INDONESIA DAN THAILAND, UJAR BELIAU KETIKA MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN PRINT 5 TEMPOH HARI.

 

SELAIN ITU, TURUT HADIR PADA MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN PRINT 5 ADALAH WAKIL MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA, IAITU YANG BERBAHAGIA EN NAZAR BIN MAMAT, KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN (BSKK) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) SELAKU PERASMI PRINT 5. BELIAU MENYATAKAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PRINT 5 KALI INI, TERUTAMANYA KEPADA KRS MUSLEH SERTA RAKAN DARI NEGARA JIRAN IAITU INDONESIA DAN THAILAND. BELIAU MENAMBAH LAGI, SEMOGA DENGAN ADANYA PROGRAM INI LEBIH MEMUPUK SEMANGAT PERSAUDARAAN SEPERTIMANA SEMANGAT SOLIDARITI TERHADAP SAUDARA DI PALESTIN. TAMBAH BELIAU LAGI, PIHAK KPM AKAN TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PROGRAM SEPERTI INI DAN BELIAU MENGAKHIRI UCAPAN PERASMIAN DENGAN UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS SEKALI LAGI KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT.

 

PRINT 5 INI TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA SELAMA 4 HARI 3 MALAM. ANTARA AKTIVITI YANG DIANJURKAN SEPERTI PAMERAN AGENSI, ROBOTIK, PELBAGAI GERAI JUALAN, AKTIVITI KEROHANIAN SEPERTI QURAN TIME, PRINT BERSELAWAT, MALAM SOLIDARITI PALESTIN, AKTIVITI KEBUDAYAAN, AMALAN TRADISI DARI PELBAGAI NEGARA DAN DIAKHIRI DENGAN KONSERT PERDANA YANG DIHADIRI OLEH ARTIS NASYID JEMPUTAN BERTARAF ANTARABANGSA IAITU KUMPULAN RAIHAN SERTA DUA KUMPULAN LAGI YANG MULA MENDAPAT NAMA DALAM CARTA NASYID IAITU FINE DAN SAFF-ONE.

 

TURUT DITEMURAMAH SALAH SEORANG DARIPADA PESERTA PRINT 5 KETIKA AKTIVITI SILANG BUDAYA IAITU KADET KRSM DANISHA MARSYA QAMARINA DARI SEKOLAH MENENGAH SRI AL-AMIN BANGI, BELIAU MENYATAKAN HASRAT SUPAYA PADA MASA AKAN DATANG UNTUK LEBIHKAN LAGI AKTIVITI SERTA PENGLIBATAN TAMBAHAN DARI NEGARA LAIN PULA.

 

PRINT 5 TELAH MELABUHKAN TIRAINYA DENGAN BEBERAPA PERSEMBAHAN YANG MENARIK SEPERTI PERSEMBAHAN SENI PERTAHANAN DIRI SILAMBAM, WUSHU DAN GERAK PERPADUAN 3 NEGARA. SELAIN ITU, KONTINJEN DARI INDONESIA JUGA TURUT MELAKUKAN PERSEMBAHAN PADA MAJLIS PENUTUPAN PRINT 5 INI. MAJLIS PENUTUPAN TELAH DIRASMIKAN OLEH PRESIDEN PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM), HAJI BADLISHAH SHAM BIN BAHARIN . MAJLIS DIAKHIRI DENGAN PENYAMPAIAN MOCK CHEQUE YANG BERJAYA DIKUTIP SEPANJANG KEMPEN SOLIDARITI PALESTIN, TERMASUK KUTIPAN KETIKA PRINT 5 IAITU SEBANYAK RM482,507.12. SUMBANGAN INI DISERAHKAN KEPADA HUMANTARIAN CARE MALAYSIA (MYCARE) YANG AKAN MENYALURKANNYA KEPADA NEGARA PALESTIN.

 

PENULIS: LEFTENAN MUDA KRSM MOHAMMAD ATHIF

SUMBER: KRSMEDIA

LAGI

Page 1 of 4