https://my04.awfatech.com/krsmusleh/content/news/newsf1_KRS013_1703504824.JPG

SIARAN MEDIA PRINT V

PERKHEMAHAN INTERNASIONAL (PRINT) KRS MUSLEH KE-5 BERMULA 24 DISEMBER 2023 HINGGA 27 DISEMBER 2023 TELAH DIJADIKAN SEBAGAI SATU WADAH PERTEMUAN ANTARA ANGGOTA KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) MUSLEH DAN JEMPUTAN LUAR NEGARA SEKITAR 3,500 ORANG PESERTA UNTUK MENJALIN UKHUWAH, BEKERJASAMA, MENGASAH BAKAT, KETRAMPILAN HIDUP, MENAMPILKAN JATI DIRI ANGGOTA  YANG SELALU MENEBAR KEBAIKAN DAN MEMBERI MANFAAT KEPADA SESAMA MANUSIA, MENJAGA NILAI-NILAI KEISLAMAN SERTA SENANTIASA MENJAGA KELESTARIAN ALAM UNTUK MEMPERSIAPKAN DIRI MEMBANGUN KEKUATAN NEGARA BANGSA.

 

SEDIAKAN KAWASAN PERKHEMAHAN BERKAPASITI BESAR

KEM BINA SEMANGAT YAYASAN SELANGOR KUALA KUBU BHARU, SELANGOR  MASIH LAGI DIPILIH SEBAGAI LOKASI UTAMA PRINT KE-5 DAN MERUPAKAN BUAT KALI KETIGA BERTURUT-TURUT SETELAH DUA PROGRAM YANG SAMA DIADAKAN DI SINI IAITU PADA TAHUN 2014 DAN 2017. TEMPAT YANG LUAS YANG SESUAI DENGAN KAPASITI DAN BANYAK FASILITI YANG DISEDIAKAN MENJADI SEBAB IANYA DIPILIH UNTUK KESEKIAN KALINYA. NAMUN BEGITU, SELAKU PENGANJUR YANG SERING DIJEMPUT SERTA DIBERI PELUANG SAMA ADA SEBAGAI PESERTA ATAU PEMERHATI PROGRAM-PROGRAM PERKHEMAHAN ANJURAN SAHABAT-SAHABAT DARI NEGARA JIRAN TERUTAMA INDONESIA MELALUI KEGIATAN PRAMUKANYA, KAMI INGIN MENEGASKAN BAHAWA SUDAH SAMPAI MASANYA MALAYSIA MELALUI PIHAK KERAJAAN NEGERI ATAU PERSEKUTUAN UNTUK MELIHAT AKAN PERLUNYA DIADAKAN SATU KAWASAN YANG SECARA RASMINYA DIGAZET SEBAGAI KAWASAN PERKHEMAHAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK KAPASITI PESERTA YANG RAMAI DI MANA SEGALA FASILITI YANG BERKAITAN TURUT DISEDIAKAN. MENAIKTARAF KAWASAN YANG SEDIA ADA JUGA BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI SATU KEPERLUAN ATAU KEUTAMAAN. PENGALAMAN KAMI MELIHAT BAGAIMANA DI INDONESIA MEREKA MEMPUNYAI BANYAK KAWASAN PERKHEMAHAN YANG BERKAPASITI ANTARA 3,000 HINGGA 40,000 ORANG DAN DIGAZET SEBAGAI BUMI PERKHEMAHAN (BUPERTA) CIBUBUR, JAKARTA, YANG DIURUSKAN OLEH PIHAK KERAJAAN AMAT MENARIK MINAT KAMI. CADANGAN KAMI INI DIBUAT BERDASARKAN KEPADA TREND PENINGKATAN PENYERTAAN SETIAP KALI PROGRAM DIADAKAN. KAWASAN YANG LUAS JUGA BOLEH MENAMPUNG PELBAGAI PROGRAM DALAM SATU SATU MASA.

 

BAGI PELUANG SERAMAI MUNGKIN MURID MENYERTAI

DALAM MENGANJURKAN PROGRAM-PROGRAM BERIMPAK BESAR SEPERTI INI, KRS MUSLEH INGIN MENGAMBIL PELUANG UNTUK MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN (BSKK) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DI ATAS SOKONGAN YANG TIDAK PERNAH LUNTUR, KERJASAMA YANG SENTIASA TERSIMPUL ERAT DAN TEGURAN YANG SENTIASA MEMBINA BAGI KAMI MEMPERBAIKI DIRI DALAM MELANCARKAN PENGURUSAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS SETIAP KALI PROGRAM DIADAKAN. PUN BEGITU, JAUH DI SUDUT HATI, KAMI MENARUH HARAPAN YANG TINGGI AGAR SAMPAI MASANYA NANTI PIHAK BSKK AKAN MEMBUKA PELUANG KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH KPM MENYERTAI PERKHEMAHAN ANJURAN KRS MUSLEH. INI KERANA, MELALUI PROGRAM INI PARA PESERTA MEMPUNYAI PELUANG YANG CUKUP LUAS UNTUK MEMPROMOSI DAN MENGENALI PELBAGAI BUDAYA, TATASUSILA DAN ADAT RESAM PELBAGAI KAUM SEKALIGUS MENJADI DUTA KECIL NEGERI DAN NEGARA. HARAPAN KAMI JUGA AGAR PROGRAM PRINT V INI AKAN DIBERI PENGIKTIRAFAN PERINGKAT ANTARABANGSA OLEH PIHAK BSKK KPM KEPADA MURID-MURID YANG MENYERTAINYA BAGI MELAYAKKAN MEREKA MENDAPAT MARKAH PENUH UNTUK PAJSK DI BAWAH AKTIVITI PASUKAN BADAN BERUNIFORM TANPA MENGIRA SAMADA MEREKA DARI SEKOLAH SWASTA ATAU KERAJAAN.

 

 

PELUANG UNTUK MENYUMBANG 

SATU KELEMAHAN YANG PERLU DIAKUI OLEH PIHAK KAMI DALAM MENGANJURKAN PROGRAM-PROGRAM SEPERTI INI ADALAH UNTUK MENDAPATKAN SUMBANGAN DARI PELBAGAI PIHAK TERUTAMA DALAM BENTUK KEWANGAN. PROGRAM YANG BESAR PASTINYA MEMERLUKAN SUMBER KEWANGAN YANG BESAR. SEHUBUNGAN ITU, KAMI DENGAN SUKACITANYA BERBESAR HATI INGIN MENGAMBIL PELUANG DI SINI UNTUK MENAWARKAN KEPADA MANA-MANA BADAN KORPORAT MAHU PUN SWASTA YANG SUDI TAMPIL MENJADI SEBAHAGIAN PENAJA YANG AKAN MENYUMBANG. DENGAN ADANYA PIHAK YANG SUDI UNTUK MENYUMBANG, DIHARAP SEDIKIT SEBANYAK AKAN DAPAT MEMBANTU KAMI MENGURANGKAN SEBAHAGIAN KOS YANG SEPATUTNYA.

 

ADALAH DIHARAPKAN PROGRAM ‘HIGH IMPACT’ INI AKAN MENJADI PENCETUS KEPADA PERHUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA SEKOLAH RANGKAIAN IKRAM MUSLEH DENGAN SEKOLAH-SEKOLAH ARUS PERDANA NEGARA DAN LUAR NEGARA. PENDEDAHAN BIDANG KERJAYA, LAWATAN YANG MEMBUKA MINDA PESERTA DAN PERTANDINGAN YANG AKAN MELAHIRKAN PERSAINGAN YANG SIHAT, MEMBUATKAN KEHADIRAN PESERTA KE SINI MENDAPAT PENGALAMAN BERUKHUWWAH YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN.

 

DISEDIAKAN OLEH,

MEJAR KRSM ABD RAHAIM BIN MD ISA,

PENGERUSI,

SEKTOR KOKURIKULUM IKRAM MUSLEH DAN KRS MUSLEH

MERANGKAP

PENGERUSI PRINT V 2023

LAGI
https://my04.awfatech.com/krsmusleh/content/news/newsf1_KRS013_1697896551jpeg

PENDAFTARAN MASIH DIBUKA !!

[HASHTAG RASMI PRINT V]

 

KASI TRENDING! GUNAKAN HASHTAG RASMI DI MEDIA SOSIAL DAN KONGSI PERSIAPAN ANDA MENUJU PRINT V.

.

PENDAFTARAN MASIH DIBUKA, JANGAN LEPASKAN PELUANG. JUMPA ANDA DISANA 🤗

 

👉🏻JOM FOLLOW INSTAGRAM.COM/PRINT23_

 

👉🏻WEBSITE RASMI : HTTPS://KRSMUSLEH.COM/

LAGI
https://my04.awfatech.com/krsmusleh/content/news/newsf1_KRS013_1696840209.jpg

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENGUMUMAN PEMENANG PVPIM 2023

[BERITA]

JUMAAT, 6 OKTOBER 2023 - MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENGUMUMAN PEMENANG PERTANDINGAN VIDEO PENDEK IKRAM MUSLEH (PVPIM 23) TELAH BERLANGSUNG SECARA ATAS TALIAN JAM 9.00 MALAM DAN DIPANCARKAN SECARA LANGSUNG MELALUI SALURAN YOUTUBE KRSMEDIA DAN FACEBOOK KRS MUSLEH.

 

PVPIM BUAT KALI YANG KETIGA INI TELAH BERLANGSUNG SECARA DALAM TALIAN BERMULA 15 OGOS HINGGA 15 SEPTEMBER 2023 YANG LALU. SERAMAI 4072 ORANG TELAH MENYERTAI PERTANDINGAN KALI INI. TURUT MENYERTAI PERTANDINGAN INI IALAH PESERTA-PESERTA DARI INDONESIA SERAMAI 470 ORANG DAN THAILAND, 550 ORANG. TIDAK KETINGGALAN, 38 ORANG PELAJAR-PELAJAR DARI SEKOLAH KPM.

 

PERTANDINGAN INI MERUPAKAN ANJURAN SEKTOR KOKURIKULUM IKRAM MUSLEH DAN KRS MUSLEH. PVPIM INI JUGA TELAH MENDAPAT KELULUSAN PENGANJURAN BAGI MURID SEKOLAH SWASTA DARIPADA BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

 

TERDAPAT 17 KATEGORI ACARA YANG DIPERTANDINGKAN TAHUN INI IAITU SEKOLAH RENDAH (LELAKI DAN PEREMPUAN),DAN 17 ACARA SEKOLAH MENENGAH (LELAKI DAN PEREMPUAN) .

 

ACARA PVPIM 2023 INI TELAH BERAKHIR DENGAN MAJLIS PENUTUPAN YANG TELAH DISEMPURNAKAN OLEH YANG BERBAHAGIA MEJAR KRSM ABD RAHAIM BIN MD ISA, PENGERUSI SEKTOR KOKURIKULUM IKRAM MUSLEH DAN KRS MUSLEH.

 

PENGANJUR : 

SEKTOR KOKURIKULUM IKRAM MUSLEH DAN KRS MUSLEH

 

DENGAN KERJASAMA :

📌PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)

📌PERTUBUHAN MAJLIS PENGETUA GURU BESAR SEKOLAH ISLAM MALAYSIA (MPGBSIM)

📌JARINGAN SEKOLAH ISLAM TERPADU (JSIT) INDONESIA

📌ASSALAM SMART SCHOOL ASSOCIATION (ASSA) THAILAND

 

____________________

 

UNTUK MENONTON MAJLIS PERASMIAN PENUTUP & PENGUMUMAN PEMENANG PVPIM’23:

 

FACEBOOK KRS MUSLEH : HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/EVENTS/1074821586738694

YOUTUBE KRS MEDIA     : HTTPS://WWW.YOUTUBE.COM/WATCH?V=ECA8AAOI9IC

LAGI
https://my04.awfatech.com/krsmusleh/content/news/newsf1_KRS013_1696834945.jpg

3RD MUSLEH INTERNATIONAL STUDENTS TRADITIONAL ARCHERY CHAMPIONSHIP 2023 (3RD MISTAC)

[BERITA]

PADA 7 OKTOBER 2023 YANG LALU BERTEMPAT DI KEM BINA SEMANGAT KUALA KUBU BAHRU, TELAH BERLANGSUNG 3RD MUSLEH INTERNATIONAL STUDENTS TRADITIONAL ARCHERY CHAMPIONSHIP 2023 (3RD MISTAC). SERAMAI 733 ORANG YANG TELAH MENYERTAI ACARA TAHUNAN INI.

PERTANDINGAN INI MERUPAKAN ANJURAN KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH DAN PERSATUAN MEMANAH TRADISIONAL MUSLEH (METRA). KEJOHANAN INI TELAH MENDAPAT KELULUSAN PENGANJURAN DARIPADA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

PADA TAHUN INI TERDAPAT 8 KATEGORI ACARA YANG DIPERTANDINGKAN TAHUN INI IAITU SEKOLAH RENDAH BAWAH 12 (LELAKI DAN PEREMPUAN), SEKOLAH MENENGAH BAWAH 15 (LELAKI DAN PEREMPUAN), SEKOLAH MENENGAH BAWAH 18 (LELAKI DAN PEREMPUAN) DAN TERBUKA GURU (LELAKI DAN PEREMPUAN).

ACARA MISTAC 2023 INI TELAH BERAKHIR DENGAN MAJLIS PENUTUPAN YANG TELAH DISEMPURNAKAN OLEH YANG BERBAHAGIA ENCIK SABRAN BIN ABD. BAHAR, PENGARAH CAWANGAN PENGGALAKAN DAN PEMBANGUNAN SUKAN, BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN, JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MEWAKILI MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA.

 

—————————

 

UNTUK MELIHAT FOTO MISTAC 2023:

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/MEDIA/SET?VANITY=MUSLEHARCHERY&SET=A.818277426965026

 

LAMAN RASMI METRA:

FACEBOOK: HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/MUSLEHARCHERY

LAMAN SESAWANG: HTTPS://METRA.KRSMUSLEH.COM/

 

SUMBER: KRSMEDIA

PENULIS : LEFTENAN MUDA KRSM MOHAMMAD ATHIF

LAGI
https://my04.awfatech.com/krsmusleh/content/news/newsf1_KRS013_1696233077jpeg

KEJAYAAN MENAWAN PUNCAK KINABALU DI HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA

[CATATAN] PEGAWAI KRS MUSLEH MENAWAN PUNCAK KINABALU

 

DI SEBALIK KESUKARAN ADA KEBAHAGIAAN YANG TERPACAK DI PUNCAK GUNUNG KINABALU.

 

DEMIKIAN DI ANTARA UNGKAPAN PEGAWAI KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH YANG MENGHARUNGI CUACA SEJUK DAN HUJAN DALAM MISI MENAWAN PUNCAK GUNUNG KINABALU DI NEGERI SABAH PADA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA.

 

TANGGAL 31 OGOS 2023 TELAH TERCIPTA SEJARAH DAN KENANGAN TERINDAH BUAT 13 ORANG PEGAWAI KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH (KRS MUSLEH) APABILA BERJAYA MENAWAN GUNUNG KINABALU YANG BERKETINGGIAN 4,095M DARI PARAS LAUT. 

 

PARA PEGAWAI TERBANG KE SABAH PADA 29 OGOS DAN PADA HARI PERTAMA DIMULAKAN DENGAN AKTIVITI SANTAI SEPERTI MAKAN TENGAHARI DI D’LENGKUAS RESTAURANT, MELAWAT JAMBATAN TAMPARULI, MELIHAT KEINDAHAN GUNUNG KINABALU DARI PEKAN NABALU DI KOTA BELUD, MENIKMATI UDARA YANG NYAMAN DAN HEMBUSAN ANGIN YANG SEJUK DI DESA DAIRY FARM YANG SANGAT INDAH KEMUDIAN CHECK-IN HOMESTAY DI KUNDASANG.

 

MISI PENDAKIAN BERMULA PADA HARI KEDUA, SEAWAL 8.00 PAGI DARI KUNDASANG BERTOLAK MENAIKI VAN KE KINABALU PARK SABAH. SETIBA DI SANA, PARA PESERTA DIBERIKAN KAD MENDAKI DAN JUGA TAKLIMAT SEBELUM MEMULAKAN PENDAKIAN.  SELEPAS BACAAN DOA YANG DIKETUAI OLEH LM KRSM MUHAMMAD IKBAL, WAKIL DARI AL-ITQAN PENANG, SEKITAR JAM 10.00 PAGI PENDAKIAN BERMULA DIIRINGI TIGA ORANG MALIM GUNUNG.

 

MENURUT SALAH SEORANG PESERTA KAPTEN KRSM UMAR AL-MUKHTAR, GURU BESAR SEKOLAH RENDAH AMAL RINTIS PENANG, “PENDAKIAN TERBAHAGI KEPADA DUA FASA IAITU DARI TITIK PERMULAAN KE LABAN RATA IAITU SEJAUH 6 KM PADA HARI PERTAMA DAN DARI LABAN RATA KE PUNCAK GUNUNG KINABALU SEJAUH 2.7 KM PADA HARI KEDUA. “PENDAKIAN YANG CURAM DAN LICIN DISEBABKAN HUJAN SANGAT MENCABAR. NAMUN SETIAP 1KM PERJALANAN, TERDAPAT PONDOK REHAT YANG DISEDIAKAN UNTUK PARA PESERTA MELEPAS LELAH. SEPANJANG PENDAKIAN, LISAN TAK HENTI-HENTINYA MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MATA SENTIASA TERPESONA DISAJIKAN DENGAN PEMANDANGAN YANG SANGAT INDAH DAN KEPELBAGAIAN FLORA YANG ADA.”

 

FLORA TAMAN KINABALU MERUPAKAN ANTARA YANG TERKAYA DAN PELBAGAI DI DUNIA DENGAN TAHAP ENDEMISME YANG TINGGI. TIDAK MENGHAIRANKAN KERANA KEINDAHAN ALAM SEMULA JADI YANG DIJAGA RAPI,RAMAI PENDAKI ANTARABANGSA BERTANDANG KE SINI DAN ANTARA YANG KAMI TEMUI PENDAKI DARI KAZAKHSTAN, JEPUN, CHINA, KOREA, DENMARK DAN AUSTRALIA. SEKITAR JAM 5 PETANG, SEMUA PESERTA SELAMAT TIBA DI LABAN RATA.

 

KEDINGINAN TANAH TINGGI SEMAKIN TERASA DI SAMPING KETERUJAAN UNTUK MENJEJAKKAN KAKI DI PUNCAK KINABALU MAKIN MELONJAK-LONJAK. SELEPAS MENIKMATI MAKAN MALAM DAN REHAT, PADA JAM 1 PAGI SELURUH PESERTA BANGUN, BERSARAPAN DAN KEMUDIANNYA PADA JAM 3 PAGI PENDAKIAN FASA KEDUA BERMULA. SUHU YANG MENCECAH 19’C KETIKA ITU, MEMBUATKAN PARA PESERTA DINASIHATKAN UNTUK MEMAKAI BAJU TEBAL, JAKET, SARUNG TANGAN, TOPI DAN STOKING.

 

KEADAAN PERSEKITARAN YANG MASIH GELAP DAN SANGAT SEJUK MEMBERI CABARAN BERGANDA UNTUK MENAMATKAN MISI. “BERBEKALKAN LAMPU SULUH, DAN BAJU HUJAN KAMI PERLU SAMPAI KE PINTU GERBANG PUNCAK SEBELUM JAM 5.00 PAGI DAN DIKEHENDAKI UNTUK MENUNJUKKAN PERMIT PENDAKIAN KAMI DI SANA” KATA KAPTEN KRSM MOHD NOR BIN OMAR, WAKIL DARI SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH JOHOR.

 

PERASAAN TERUJA BERCAMPR HARU DAN BAHAGIA SERTA TAK HENTI-HENTINYA BERSYUKUR PADA ALLAH APABILA KUMPULAN PERTAMA MENJEJAKKAN KAKI DI PUNCAK GUNUNG KINABALU PADA JAM 5.16 PAGI DIIKUTI KUMPULAN BERIKUTNYAN SECARA BERPERINGKAT. KIBARAN MEGAH BENDERA KRS MUSLEH DAN SESI FOTOGRAFI KENANG-KENANGAN MERUPAKAN DETIK INDAH YANG DIRASAI KAMI SEMASA BERADA DI PUNCAK.

 

MENURUT KAPTEN KRSM ROFAZLIN BIN JUSOH SELAKU KETUA MISI INI, SEMANGAT KERJASAMA BERPASUKAN, PERSEDIAAN FIZIKAL DAN MENTAL MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM KEJAYAAN MENAWAN PUNCAK GUNUNG KINABALU.

 

“DARI PERMULAAN DI PINTU TIMPOHON KITA LIHAT SEMANGAT PENDAKI SELURUH PEGAWAI MEMANG LUAR BIASA DAN SEPANJANG PERJALANAN SEMANGAT KERJASAMA BERADA PADA TAHAP TERBAIK.”

 

PADA HARI BERKENAAN, SERAMAI 150 PENDAKI TERDIRI DARIPADA RAKYAT MALAYSIA DAN ANTARBANGSA SERTA 37 MALIM GUNUNG.

 

TAMBAHNYA LAGI ,“PERSIAPAN AWAL DAN LATIHAN YANG KONSISTEN SEPERTI NAIK TURUN TANGGA SEBELUM MENDAKI AMATLAH PENTING UNTUK TUBUH BADAN BERSEDIA SERTA KAWALAN PERNAFASAN YANG BETUL. KESEMUA INI UNTUK MEMASTIKAN STAMINA BERADA PADA TAHAP YANG TERBAIK SEBELUM MELAKUKAN PENDAKIAN.

 

“INSYA ALLAH TAHUN DEPAN KAMI AKAN MEMBAWA LEBIH BANYAK PENYERTAAN DARI KALANGAN PEGAWAI KRS MUSLEH, KAMI INGIN MENAIKAN SEMANGAT MEREKA SERTA MENGATAKAN KEPADA GOLONGAN MUDA DAN YANG INGIN MENDAKI GUNUNG KINABALU AGAR CAPAILAH KEJAYAAN ANDA.”

 

HARI TERAKHIR DI NEGERI DI BAWAH BAYU, WALAUPUN KELETIHAN DAN PENAT KAKI MASIH TERASA, PARA PESERTA MENGAMBIL PELUANG MEMBELI-BELAH DI PASAR FILIPINA DAN MENGHAYATI KEINDAHAN SEKITAR BANDARAYA KOTA KINABALU SEBELUM SEMUA BERLEPAS PULANG KE SEMENANJUNG BERSAMA MEMORI MANIS MENDAKAP AWAN KINABALU. - TULISAN LM KRSM MOHD IKBAL

LAGI
https://my04.awfatech.com/krsmusleh/content/news/newsf1_KRS013_1695823999.png

SALAM MAULIDUR RASUL

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1445H/2023M KEPADA SELURUH WARGA KRS MUSLEH DAN UMAT ISLAM.

 

DARIPADA ABDULLAH BIN ‘AMR RA, BAHAWA NABI SAW BERSABDA:

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

MAKSUDNYA: “SESUNGGUHNYA BARANGSIAPA YANG BERSELAWAT KE ATASKU DENGAN SATU SELAWAT, MAKA ALLAH SWT AKAN BERSELAWAT KE ATASNYA DENGAN SEPULUH SELAWAT.” [RIWAYAT MUSLIM (384)]

 

‎”PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI”

 

MEJAR KRSM ABD RAHAIM B MD ISA

PENGERUSI SEKTOR KOKURIKULUM IKRAM MUSLEH & KRS MUSLEH

LAGI
https://my04.awfatech.com/krsmusleh/content/news/newsf1_KRS013_1695512881.jpg

40 RIBU SERTAI LARIAN ANTARABANGSA

[BERITA] SERDANG – INTERNATIONAL ECO NATURE RUN ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI IENR TELAH MENUTUP TIRAI DENGAN JAYANYA PADA 16 SPETEMBER 2023 YANG LALU DI MALAYSIA AGRO EXPOSITION PARK SERDANG (MAEPS), SERDANG DENGAN PENYERTAAN MENCECAH 2,600 TERMASUK PENYERTAAN ANTARABANGSA DARI NEGARA JIRAN IAITU INDONESIA, THAILAND DAN SINGAPURA. ACARA PELEPASAN LARIAN PESERTA (12 KATEGORI) YANG JUGA MERUPAKAN SIMBOLIK KEPADA ACARA PERASMIAN TELAH DISEMPURNAKAN OLEH MENTERI BELIA DAN SUKAN YANG DIWAKILI OLEH ENCIK SYAMSUL TAHRIN BIN MOHD TAHIR, TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN RAKAN MUDA) JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA (JBSN) SEAWAL JAM 7.30 PAGI DENGAN JAYANYA.

 IENR INI MERUPAKAN TAHUN KE-7 PENGANJURANNYA OLEH SEKTOR KOKURIKULUM IKRAM MUSLEH DAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) MUSLEH SEJAK 2017. “PADA TAHUN INI SATU KELAINAN YANG DIBUAT DALAM PENGANJURAN DI MANA PENYERTAAN DIBUAT DWI-PILIHAN IAITU SAMA ADA SECARA BERSEMUKA ATAU SECARA MAYA”, UCAP MEJAR KRSM ABDUL RAHAIM MD ISA KETIKA DITEMURAMAH. BELIAU YANG MERUPAKAN PENGERUSI SEKTOR KOKURIKULUM IKRAM MUSLEH DAN KRS MUSLEH MENAMBAH LAGI, INI ADALAH BAGI MENYAHUT SLOGAN “KEMENJADIAN MURID” YANG PERNAH DISEBUT OLEH MENTERI PENDIDIKAN, YANG BERHORMAT FADHLINA SIDEK. 

PENYERTAAN LUAR BIASA KALI INI YANG MENCECAH ANGKA 40 RIBU PENYERTAAN YANG MENDAFTAR PILIHAN SECARA MAYA TELAH MENUNJUKKAN ACARA TAHUNAN INI SEMAKIN MENDAPAT SAMBUTAN YANG BAIK, TERUTAMANYA DARIPADA WARGA SEKOLAH DI SELURUH NEGARA. SEMENTARA ITU, TURUT MENGULAS DALAM SESI TEMU RAMAH ADALAH KAPTEN KRSM ROFAZLIN BIN JUSOH, MERUPAKAN PENGARAH IENR TAHUN INI BERKATA, ACARA LARIAN UNTUK PILIHAN BERSEMUKA YANG TELAH DIBUAT DI MAEPS BARU-BARU INI JUGA TELAH MENDAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN DARIPADA PESERTA YANG DATANG DARIPADA PELBAGAI UMUR DI SERATA NEGERI MENDAPAT MAKLUM BALAS SUPAYA ACARA INI DITERUSKAN UNTUK MASA AKAN DATANG. “PIHAK KRS MUSLEH JUGA TELAH MERANCANG LARIAN KHAS BUAT PENDIDIK YANG AKAN DILAKUKAN DALAM TEMPOH BEBERAPA BULAN LAGI”, TAMBAHNYA.

 ACARA IENR KALI KE-7 INI DIAKHIRI DENGAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA 5 PEMENANG TERBAIK BAGI SETIAP KATEGORI SERTA CABUTAN BERTUAH KEPADA PESERTA DENGAN HADIAH UTAMA BERUPA SEBUAH MOTOSIKAL MODENAS, TERMASUK HADIAH-HADIAH LAIN YANG BERNILAI RM10,000 KESELURUHANNYA. HADIAH-HADIAH TERSEBUT DISAMPAIKAN OLEH MEJAR KRSM ABDUL RAHAIM BIN MD ISA USAI ACARA LARIAN SEKITAR JAM 10.00 PAGI.

 PIHAK PENGANJUR MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN BUAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA, IBU PEJABAT POLIS DAERAH SEPANG, ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) DAERAH PUTRAJAYA, SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR (SYABAS),  INTERNATIONAL CENTER FOR EDUCATIONAL EXCELLENCE (ICEE), MAJLIS PENGETUA GURU BESAR SEKOLAH ISLAM MALAYSIA (MPGBSIM), JARINGAN SEKOLAH ISLAM TERPADU (JSIT) INDONESIA, ASSALAM SMART SCHOOL ASSOCIATION (ASSA) THAILAND, MAJLIS JURULATIH KRS MUSLEH, PERSATUAN ALUMNI KRS IKRAM MUSLEH (PAKIM), NESTLE MALAYSIA, MUNCHY’S 7 DAYS CROISSANT DAN SELURUH TENAGA YANG MENJAYAKAN IENR PADA TAHUN INI. - OLEH LM KRSM MUHAMMAD ATHIF

 

SUMBER FOTO : KRSMEDIA

LAGI

Page 2 of 4